Uncang Legasi
Bermula Julai 2012, saya bersama pasukan di Total Success Training & Consultancy dan Akademi Sinergi ingin terus mempraktikkan apa yang sering kami bincangkan. Kami ingin terus hidup dengan memberi.
UNCANG LEGASI
Projek pertama kami ialah bersama kawasan orang asli di Hulu Langat. Kami bercadang untuk membangunkan kawasan ini. Berikut ialah antara gambar-gambar awal yang disantuni oleh wakil kami.
Jika tuan/puan berminat untuk menyumbang bersama dalam projek ini, mohon email kepada uncang@membinalegasi.com atau ikuti saya di Facebook.
Apa yang berlaku?
Wakil kami sudah bersama dengan kampung ini sekitar 6 bulan dan rapat dengan Tok Batin. Wakil kami mendapati si anak-anak ini perlukan pendidikan dari semasa ke semasa, bukan hanya sebulan sekali yang mampu dilaksanakan oleh wakil kami.
Apa yang boleh dibuat sekarang ialah:
1) Menggajikan guru sepenuh masa di kawasan orang asli tersebut untuk membaca dan mengenal huruf
2) Membelikan buku-buku dan alat tulis
3) Membelikan makanan dan minuman semasa belajar.
Jika tuan/puan berminat untuk menyumbang bersama dalam projek ini, mohon email kepada uncang@membinalegasi.com atau ikuti saya di Facebook.









