Memahami ‘inner peace’

“Saya tak tahu apa nak buat. Saya buntu.”

“Saya tahu saya banyak kelebihan dan keluarga saya juga banyak kelebihan. Tetapi saya tidak tahu mengapa saya tidak boleh buat banyak kejayaan seperti orang lain.”

Dialog di atas adalah dialog yang banyak didengari bukan sahaja di kalangan anak kecil sekolah rendah atau menengah, tetapi anak kecil yang berumur 40 atau 50 tahun. Ramai yang rasa tidak selesa dengan diri sendiri. Kesannya, kehebatan, kejayaan dan legasi dirasakan amat sukar. Ia memerlukan jawapan tuntas.

Apabila saya mengkaji tentang konsep ‘inner peace’ dalam Kungfu Panda 2, ia menambah lagi poin dalam menjawab soalan di atas. Potensi spiritual manusia perlu diletakkan paling atas dalam membina kekuatan fizikal, intelek dan emosi berhadapan dengan kehidupan. Kalau ia tidak dicapai dengan tamakninah yang asli, ia akan cepat terbabas. Terbabas di hadapan Allah dengan munajat dan pengaduan tidak mengapa. Yang banyak berlaku ialah terbabas di hadapan manusia lain yang kerdil dan juga lemah. Kekadang harga terbabas itu ialah nilai spiritual yang tinggi.

Ketika seorang insan bijak bernama Ahmad ingin melonjakkan jayanya, ada kata-kata yang pernah disampaikan kepada saya “saya percaya tetapi saya tidak yakin pada diri saya sendiri.”

“Yakin pada Allah?”

Ahmad mengangguk. “Kalau yakin pada Allah, yakin Allah akan membantu diri awak?”

Ahmad angguk dalam sangsi.

Inilah contoh biasa dalam mencari ‘inner peace’ menuju kejayaan.

Ramai perlu dibantu

Ramai yang mencari perkara ini untuk berhadapan dengan dunia hidup yang pelbagai dimensi.

Peter M Senge menulis pengenalan kepada buku Synchronicity: The Inner Path of Leadership karangan Jaworski juga menyentuh hal mencari kesepakatan kehidupan dengan takdir agar ia mampu membina kejayaan. Konsep ini amat jelas dengan konsep taufiq dalam al-Quran – yang aslinya hanya dengan merujuk kepada Maha Pencipta. Ini dijelaskan oleh Nabi Syuib:

Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Surah Hud 11:88)

Untuk mengetahui keserasian apa yang dikehendaki oleh Allah dan apa yang manusia rancangkan, ia memerlukan kepada pertolongan dari Maha Pencipta. Di peringkat manusia, blindspot perlu difahami dan dikenalpasti. Orang yang beriman tidak akan terjatuh pada lubang ular dua kali.

Blindspot

Theory U: Leading from the Future as It Emerge oleh C Otto Scharmer ada membincangkan konsep blindspot ini untuk menghargai sesuatu sistem. Ada beberapa elemen yang perlu diamalkan untuk memastikan blindspot ini kurang memberi bahaya pada diri. Kaedah yang beliau cadangkan ialah dengan memasuki lapangan U – satu kaedah yang memerlukan langkah ini:

  • Downloading
  • Seeing
  • Sensing
  • Presenting
  • Crystallizing
  • Prototyping
  • Performing
Dengan kaedah ini, ia akan menyebabkan kita mampu mengambil ibrah dengan apa yang berlaku serta memahami pattern. Pattern inilah yang menjasi salah satu hikmah dalam diri manusia yang dikurniakan oleh Allah dalam menganggapi kehidupan seharian dengan lebih matang.
“Aku memang tak faham betul le apa yang berlaku. Asyik tidak kena je hari ini.”
Ini contoh dialog individu yang tidak mengenal pattern.

Bagi individu yang mengenal pattern, ia akan cepat sedar.
“Astaghfirullah. ..” lantas cepat disingkap apa yang berlaku samada segera atau lewat dalam hidup. Yang pasti, ia akan kembali kepada sumber – Maha Pencipta – yang mampu memberi taufiq.
Moga kita digolongkan dalam individu yang mendapat inner peace bukan hanya bergantung kepada diri sendiri seperti mana dicari dalam tradisi agama lain tetapi diberi tawfeeq oleh Allah di dunia dan akhirat.

 

Facebook Comments:

One thought on “Memahami ‘inner peace’

  • September 19, 2011 at 1:50 pm
    Permalink

    Apa yang dimaksudkan dengan pattern di sini?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apa yang boleh dimanfaatkan dengan teknologi cerita

Teknologi cerita amat banyak disentuh oleh buku-buku pendidikan. Dalam al-Quran dan as-Sunnah serta kitab agama lain, cerita tidak dapat dipisahkan.

Close