Marketing: Random vs System

Untuk menjamin pelanggan sentiasa datang membeli produk / perkhidmatan secara berterusan, sesebuah perniagaan perlu mempunyai sistem pemasaran yang berkesan.

Ianya penting agar pelanggan yang datang kepada syarikat bukan sekadar sekali datang dan pergi. Sehingga kedatangan kali kedua mungkin kerana tiada pilihan lain, yakni bisnes kita hanya menjadi pilihan terakhir bukannya yang pertama muncul dalam minda pelanggan.

Sistem juga penting untuk menjadi kayu ukur pencapaian marketing. Kita mungkin akan melihat dalam satu tempoh masa kita mempunyai banyak pelanggan. Pelanggan berduyun-duyun datang- walau kita tak tahu dari mana mereka datang.

Jika kita sekadar selesa dengan situasi tersebut, besar kemungkinan nikmat yang kita rasakan itu hanya didapati pada waktu itu sahaja.

Oleh kerana ianya random (rawak) maka kita tak akan dapat mengagak bila waktu puncak itu akan berulang dan bagaimana untuk mengekalkan pencapaian seperti itu dimasa depan.

Berbanding dengan bersistem, proses marketing akan berterusan sehingga akhir proses pembelian membawa kepada pembelian semula kali kedua dan seterusnya.

Ianya lebih terjamin. Kita dapat mengagak seterusnya merancang penyediaan produk / perkhidmatan untuk sentiasa berada dalam stok yang mengikut permintaan pelanggan.

Sistem yang kemas memerlukan penambah baikan berterusan. Ianya mungkin tidak sempurna pada kali pertama.

Langkah paling asas membina sistem adalah bisnes mesti dapat mengesan pelanggannya. Ini supaya bisnes tidak mencuaikan mereka yang telah memberikan wang dan usahanya kepada kelangsungan hidup bisnes kita. Dan bisnes akan dapat sentiasa ‘memanggil’ mereka ketika ingin menawarkan pembelian seterusnya.

Apabila langkah asas ini dibina, pergerakan langkah dalam sistem seterusnya akan lebih mudah dijalankan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2011-05-15

power of stories under reserach from All Marketers Tell Stories #

Close