PAKS, Marketing dan Dakwah

Banyak konsep yang dapat diperhatikan. Kerana saya bukanlah yang mahir dengan IT, saya sekadar menyatakan beberapa istilah dan ciri yang menyebabkan e-marketing amat menarik untuk difahami dan digunakan:

 

  1. Spiders/ bots
    Menurut Wikipedia, spider/ bots dirujuk kepada :

    "A web crawler (also known as a web spider or web robot or – especially in the FOAF community – web scutter[1]) is a program or automated script which browses the World Wide Web in a methodical, automated manner. Other less frequently used names for web crawlers are ants, automatic indexers, bots, and worms (Kobayashi and Takeda, 2000)."

    Dengan spiders/ bots, banyak maklumat pengguna akan disorot dan dapat dianalisis. Ia menjadi panduan kepada Google, Yahoo dan sebagainya untuk membina empayar. Bagaimana ia mampu menjadi empayar dalam internet? Kerana maklumat pengguna ini boleh digunakan untuk merancang produk yang akan dibekalkan. Cuba bayangkan, setiap klik, laman web atau apa sahaja aktiviti kita online dapat dibaca dan diketahui menggunakan teknologi dalam IT ini.

    Bagi individu yang melaksanakan dakwah, ini amat penting. Kita perlu memahami kehendak dan minat seseorang – barulah kita dapat offer dan menarik minat individu tersebut. Minat ini bukan sahaja minat yang elegant seperti membaca dan sebagainya. Tetapi mengetahui lebih terperinci: apakah yang mereka baca, apakah yang mereka tidak suka baca, laman apa yang suka dibaca, berapa lama baca dan apakah yang akan dibuat setelah dibaca (dalam dunia IT, forwarding link atau memasukkan link ke laman blog atau email ini juga dapat di-trace)

  2. Statistics

    Statistik ini dapat diperoleh daripada perisian yang dimasukkan sekai dalam web. Statistik ini dapat menyenaraikan negara, browser, laman mana yang dilawat, berapa lama lawatan, berapa kali lawatan dan pelbagai maklumat lain. Dengan maklumat ini, ia akan menentukan statistik lawatan bagi satu-satu web. Maklumat ini amat berguna untuk menentukan bahasa, jenis maklumat dan kaedah bahasa serta contoh yang akan digunakan bagi menarik minat pelanggan.

  3. Referrer

    Jika laman ST-Gallery ini diletak pautannya pada mana -mana laman lain, ia dapat dikesan dengan mudah. Inilah rahsia sister referrer yang digunapakai bagi menarik lebih ramai pengunjung. Jika idea ini dapat digunapakai dalam kehidupan seharian, pasti arena dakwah akan menjadi amat mantap dan subur.

    Itulah beberapa perkara penting yang perlu diketahui tentang e-marketing. Banyak perkara yang boleh digunakan bagi memastikan dakwah tidak ketinggalan dalam teknologi IT yang luas  ini.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura...

Close