Koleksi ST-Gallery

Berikut ialah koleksi artikel dari ST-Gallery.com. Untuk perhatian, excerpt dan artikel tidak bersatu ketika proses import. Diharap pembaca dapat bersabar untuk urusan teknikal untuk memastikan artikel penuh ketika anda klik sesuatu tajuk. Jika anda dapati sebarang artikel tidak penuh, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih

POTENSIKoleksi ST-Gallery

fITNAH iSLAM

Islam, satu cara hidup yang Allah turunkan kepada seluruh manusia termasuk golongan manusia yang terdahulu. Mereka di berikan peringatan sepanjang masa dan waktu dengan diturunkannya kepada mereka seorang wakil di kalangan mereka supaya menyebarkan amaran dan peringatan kepada mereka yang tidak mengetahui. Para nabi dan Rasul telah menjadi saksi kepada turunya kalamullah kepada manusia dengan tertanggungnya para nabi dan Rasul memikul tanggungjawab dakwah ini. Kesempurnaan dan keaslian ar-Risalah Islam yang diturunkan tidak ada sedikit pun percanggahan dan pertembungan dengan perkara-perkara yang batil kerana ianya di jamin dan sah mendapat pemeliharaan dari Allah akan isi kandungannya dari diubah oleh tangan-tangan manusia.

Read More
Koleksi al-MuntalaqKoleksi ST-Gallery

Bila jiwa ini terbang ke sana…

Apabila mendapat surat dari USC, saya rasa semacam terbang nampakkan bumi US sana. Sememangnya selepas satu fasa ujian di atas bumi ini, perlukan penghijrahan walaupun buat sementara waktu. Hijrah di dunia ini tidak kekal bahagia. Cuma ia akan mengubah bagaimana kita melihat dan berinteraksi dengan hidup. Hijrah bukanlah untuk mengelak diri tetapi untuk membetulkan langkah, menguatkan jati diri dan mampu pergi lebih jauh. Saya merasakan jiwa seakan terbang. Dan mungkinkah sahabat merasa terbang apabila mendengar negeri hijrah yang kekal – syurga? Apabila saya mendapat tahu surat USC sudah tiba, saya makin bersemangat untuk kerja di atas muka bumi Malaysia ini. Saya tidak ada option lain kecuali untuk membuat yang terbaik di atas muka bumi ini. Mungkin inilah yang mirip kerinduan untuk ke syurga atau bertemu Allah…

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Semantik Manja bersama Adik dan Ahli Usrah

Sesekali apabila kita memerhatikan kepada tingkah seorang anak, kita akan menjadi amat penyayang dan ingin merapatinya dengan bersungguh-sungguh. Kita akan cuba melayan karenahnya – walaupun kekadang ia tidak bertepatan dengan apa yang sepatutnya dilakukan – kerana kita mengganggapnya dia tidak tahu. Kita melayan kehendaknya, diberi kasih sayang yang melebihi had yang ditetapkan. Maka inilah yang dinamakan manja.

Read More
Koleksi ST-GallerySistemik

Kemahiran akal sudah memadai

Dalam kehidupan seharian, bagi seorang Muslim, al-QUran dan as-Sunnah perlu dijadikan landasan dalam membuat keputusan. Namun tidak semua mampu untuk merujuk apa yang ada pada al-Quran dan as-Sunnah disebabkan keterbatasan ilmu yang ada. Maka pada saat itu,akal yang berkemahiran dalam menaakul sudah memadai. Inilah rahsia Barat terus maju padahal al-Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan landasan. Persoalannya, mengapa umat Islam nampak agak kurang maju? Anda tahu jawapannya?

Read More
POTENSIKoleksi ST-Gallery

Aduhai Orang Muda!

Alhamdulillah, tepat pada jam 3, 1 November 2007, tamat sudah program Suci Dalam Debu bersama dengan pelajar tingkatan 1 hingga 2. Mereka ini di kategorikan oleh pihak sekolah dengan gelaran 'high risk'. Tetapi saya lebih suka melihat mereka ini adalah orang yang berpotensi. Mengapa saya mengatakan begitu? Ini adalah kerana mereka ini mempunyai kebolehan dan semangat yang amat kuat dalam melakukan sesuatu. Inilah mereka yang berpotensi sebenarnya.

Read More
Koleksi al-MuntalaqKoleksi ST-Gallery

Menghadapi Saat-Saat Akhir

Apabila anda diberi masa 2 bulan untuk bersiap menuju satu alam baru, apakah yang akan anda lakukan? Apakah yang anda akan laksanakan? Perlukah kita ingat apa yang akan kita tinggalkan atau apa yang akan kita bawa nanti? Sesetengah menyatakan: lupakah alam sekarang, ingatlah alam yang akan datang. Tetapi benarkah kaedah itu ketika kita mengingati saat kematian? Kalau anda diberi masa 2 bulan dari sekarang untuk berhijrah ke satu tempat lain, apakah yang akan anda laksanakan?

Read More
Koleksi ST-GalleryKoleksi al-Muntalaq

Bukanlah Perancanganmu Itu Yang Terbaik

Dalam hidup kita seharian, SMS dari ALlah itu sering disampaikan bertubi-tubi untuk membersihkan diri kita daripada terlena dengan kehidupan yang banyak menipu. Ciri kehidupan yang menipu ialah kehidupan yang kurang tawakal kepada ALlah malah kita bertawakal kepada selain daripada-Nya. Tawakal ini mencorak cara kita melihat dan merancang kehidupan. Individu yang bertawakal kepada Allah adalah individu yang yakin bahawa perancangannya bukanlah yang terbaik.

Read More