Antara Guerilla, Gorila dan Godzilla dalam Berniaga

Saya perhatikan Mejar Amir di Teh Tarek Place. Saya singgah sebentar berborak. Beliau berkongsi tentang Guerilla Marketing.

Sambil itu juga, beliau berkongsi tentang Gorila dan Godzilla Marketing – yang saya pernah dengar diskusi berkaitan perkara ini.

Saya suka mendengar idea beliau kerana ia melibatkan sistem. Saya suka berfikir sistemik apatah lagi apabila berinteraksi dengan al-Quran. Saya berfikir sistemik untuk mengetengahkan al-Quran dalam masyarakat. Masyarakat rindu kepada sistem yang dapat dipelajari dari wahyu. Wahyu hadir dengan sistem lengkap, cuma apabila ia tidak diproses dengan baik, ia akan memberi kesan kepada umat.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (sistem menyeluruh) dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (2:208)

Dalam masa yang sama, saya menyemak buku Ust Abdullah Bukhari berkaitan Wartawan al-Quran. Ia amat menarik. Jika Ustaz Abdullah ingin mengetengahkan al-Quran sebagai wartawan harian, saya ingin menjadi wartawan sistemik atau investigatif. Asasnya tetap wartawan, untuk membawa berita yang menerangkan secara santai apa yang ada dalam masyarakat.

Salah satu berita sistem itu ialah Guerilla, Gorila dan Godzilla dalam pemasaran.

Nabi Muhammad tokoh usahawan membuat marketing

Untuk menjadi usahawan berjaya, pemasaran perlu bagus. Barang dagangan Khadijah boleh laku keras: adakah tiba-tiba? Sudah tentu tidak. Ia ada kaitan dengan strategi pemasaran. Produk bagus dipasarkan dengan bagus, akan menatijahkan hasil lumayan. Apabila sudah beberapa tahun dalam dunia bisnes dan usahawan, baginda diangkat menjadi Rasul untuk ‘memasarkan’ produk terbaik: Islam. Bagaimana kaedah beliau?

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (33:21)

Akhlak yang baik itu menjadi sumber al-amin – kepercayaan dalam dunia perniagaan. Yang baik kata baik, yang buruk kata buruk. Dijual secara pukal dan pelbagai strategi itu menambah ratus dalam berniaga, namun asasnya ialah amanah – menyampaikan apa yang dijanjikan.

Kaedah guerilla bekerja keras dengan kos minimum

Kaedah goerilla melatih orang lain bekerja sama

Kaedah godzilla melebarkan sayap ke tempat lain. Bagaimana ia dilebarkan? Selepas sistem kerja itu sudah dikemaskan dan mampu diikuti secara qawiyyun ameen.

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah. (28:26)

Amanah sudah ada, qawiyy itu dibina mengikut tahap kerja di peringkat manusia. Qawiyy seorang akauntan ialah apabila boleh menguruskan projek banyak. Qawiyy seorang usahawan ialah bagaimana melatih lebih ramai orang untuk melaksanakan sistem yang baik dan dapat dilebarkan.

Tugas harian peringkat gorilla ialah mengenalpasti manusia baik untuk melaksanakan sistem baik, manakala godzilla akan memanfaatkan duit dan sumber yang ada untuk membantu lebih ramai orang. Kalau godzilla itu tidak amanah, ia akan melenyapkan dan membeli usahawan lain. Kalau godzilla itu amanah, ia akan membantu dan mengembangkan usahawan lain.

Samada di peringkat guerilla, gorilla atau godzilla, amanah amat memainkan peranan. Amanah memerlukan ilmu qawiyy untuk menjadi kuat dalam membawa amanah ke tahap yang lebih tinggi.

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bila bukti diberi, tunaikan janji…

"Hidup aku bosan. Tak macam orang lain. Orang lain semua berjaya." "Betulkah begitu? Cuba kau perhatikan betul-betul apa yang kau

Close