Mangga itu tidak sama
Halaman 22
Surah al-Baqarah QS 2:143
Kalimah (وَسَطٗا )
Umat Pertengahan berkaitan dengan Keseimbangan Hidup
Dalam ayat 143 Surah al-Baqarah, ia menekankan tentang gaya umat yang wasatan – pertengahan.
Jika kita perhatikan pada sebiji mangga: fizikalnya mangga, tetapi dari satu sisi yang lain kita melihat hebatnya Allah yang menciptakan mangga ini dengan kelazatan.
Di akhirat, cerita dalam juz 1 ada menyatakan buah mutasyabiha (2:25). Lebih kurang sama tetapi rasanya tidak sama.
Keseimbangan dunia dan akhirat amat penting. Selain daripada melihat buah mangga secara fizikal, akan tetapi kita tahu tentang hebatnya kuasa Allah, daripada air hujan yang sama boleh menghasilkan buah-buahan yang pelbagai jenis. Ada mangga yang masam, ada mangga yang manis.
Allah kata: Makanlah di dunia ini dengan berpada-pada dan jangan melampau-lampau.
Umat pertengahan tidak terlampau materialistik, duniawi semata-mata. Tidak juga hanya fokus akhirat dengan mengabaikan dunia kehidupan di sini. Tidak juga makan melampau atau langsung tidak makan. Rumusnya, umat pertengahan adalah seimbang kedua-duanya. Sentiasa melihat dunia dengan kacamata akhirat.
Setiap kali kita makan buah mangga, boleh ingat bahawa tidak sama buah mangga di sana dari segi sedapnya. Lagi hebat apabila melihat kehebatan Allah dalam penciptaan mangga itu sendiri.
