05 Choice

Memulakan Projek dan Tindakan Legasi ?

Apabila hadir idea untuk memulakan sesuatu projek atau tindakan yang tidak pasti ia membawa kejayaan atau tidak, ia perlu dirujuk kepada Maha Pencipta yang mengetahui hasil hujung. Banyak projek yang kita ingin lakukan kekadang terhenti di tengah jalan kerana ia tidak diizinkan oleh Allah. Tidak izin itu kerana banyak sebab. Namun kalau ia dimulakan dengan memohon petunjuk dari-Nya, ini pasti akan memudahkan urusan kita. Halangan dan kepayahan itu akan menjadi lebih relevan , berbanding kita hanya bergantung kepada diri sendiri yang tidak ada kekuatan. Pastinya memohon pertolongan Tuhan akan mendatangkan keberkatan – kebaikan yang banyak.

Doa Solat Istikharah atau Doa Istikharah

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:


“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.)

Doa ini boleh dibaca selepas mana-mana solat sunat

Jika seseorang sudah solat sunat walaupun tanpa niat istikharah, doa ini tetap boleh dibaca.

Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu‘ karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

Isi doa ini

Ada 2 elemen yang perlu diberi perhatian dalam doa ini

  1. Kita mengakui ilmu, kekuatan dan kelebihan Allah untuk membantu kita
  2. Kesan pilihan urusan kita dari segi
    1. Agama
    2. Kehidupan
    3. Kesan akhir nanti

Dua perkara di atas ada kaitan dengan sumber dan kesan. Dua perkara ini amat penting dalam melaksanakan sesuatu projek  dalam kehidupan seharian. Dalam membina legasi, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dan berjaya. Doa istikharah ini ada rahsia untuk lebih jauh ke hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Di Mana Hawa Nafsu pada Potensi Diri

"Saya memang jelas untuk buat apa yang perlu saya buat. Namun apakan daya. Malas menjelma tiba-tiba." "Saya memang sudah belajar

Close