Bersifat ‘resourcefulness’ untuk membina legasi


“Kontang idea menulis. Bagaimana ingin mencapai dateline?”

“Malas mula menyerang!”

Ini antara cabaran dalam membina kejayaan. Jika salah satu daripada legasi yang ingin dibina ialah dalam bentuk intelektual seperti penulisan buku, bersifat ‘resourfulness’ amat penting. Kalau buntu dalam sesuatu perkara, amat penting untuk bersifat ‘resourcefulness’. Apakah maksud ‘resourcefulness’?

‘Resourcefulness’ ialah kemahiran mengenalpasti sumber pelbagai dan memanfaatkannya dalam melaksanakan tugas menuju kejayaan. Dalam Surah al-Kahf, sifat ini dikaitkan dengan ciri Dzulqarnain yang bersifat resourcefulness. Allah mengulang perkataan fa atbaa sababa . Salah satu maksud sababa ialah tali. Ia juga bermaksud sebab atau sumber.

Jika kita ingin menulis buku atau mencari idea, mungkin isu kontang idea berlaku pada mana-mana masa. Atau kontang dalam bentuk emosi sehingga rasa malas dan tidak bersemangat. Kenalpasti sumber atau bersifat resoucefulness.

 

Pelbagai sumber di sekeliling

Apabila kita sedar potensi yang ada dalam diri, kita akan lebih mudah untuk berhubung atau connect serta acknowledge dengan potensi ini. Berikut ialah apa yang boleh dibuat apabila menghadapi kontang intelek atau idea:

  1. Berhubung dengan buku atau sumber ilmu fizikal seperti buku, Youtube, CD atau jurnal.
  2. Berhubung dengan sumber ilmu di peringkat industri seperti bisnes/ bidang konsultan/ bidang latihan atau isu ekomomi yang bercakap tentang idea yang kita sedang dalami.
  3. Berhubung dengan pelbagai individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang sama.
  4. Berhubung dengan mereka yang mahir.

Kaedah di atas ialah teknik masalah intelek dibalas dengan penyelesaian intelek. Namun resourcefulness bukan sekadar begitu. Anda juga boleh divert perhatian yang ada untuk mencapai kejayaan lebih besar dalam apa juga permasalah yang sedang diselesaikan.

Selesai I dengan P, E atau S

Berikut ialah contoh aktiviti untuk menyelesaikan kontang idea (masalah I atau intelek) dengan pendekatan P, E atau S. Kaedah ini menyebabkan kita menajamkan gergaji – yang kekadang lebih penting daripada kita menggergaji dengan gaji tumpul.

  1. Kaedah P – makan, tidur sebentar, senaman, mandi, minum atau berjalan senggang selepas 30 minit berfikir atau menulis
  2. Kaedah E – jumpa kawan, borak-borak, tanya khabar, telefon ibu ayah
  3. Kaedah S – doa, solat dan mohon Tuhan berikan idea

Jangan pelik kerana selepas itu idea datang mencurah-curah kerana kita sudah menajamkan gergaji pemikiran dan ada ‘ruang’ untuk diri menerima idea baru.

Related posts:

  1. Usaha untuk membina sinergi
  2. Belajar untuk bersifat ‘liin’
  3. Pelbagai idea legasi
  4. Membina kesedaran & membina sistem kesedaran
  5. Lihat legasi anda setiap hari

Facebook Comments:

1 Comment

  1. Abdul Rahman says:

    kaedah pies amat menarik tetapi masih dalam cubaan mewujudkan daya fikir seperti pies

Leave a Comment

More in LEGASI (6 of 12 articles)
vision-boards (1)