Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 8

Lantas aku memerhati kepada pelbagai nama yang tertera. Ada nama yang sering berSMS denganku pada masa tertentu sahaja. Ada yang bertubi-tubi terutama ketika memerlukan pertolongan dariku. Ya Allah! Bersyukurnya Engkau memberiku 1001 pengalaman untuk aku menempuh jalan selepas ini dengan lepas teguh dan utuh. Penuh pengalaman dan makin ingin mendekatkan diri kepadaMu yang tidak pernah jemu. Aku tidak akan menyia-nyiakan masaku.

Masa aku selama lebih 4 tahun di Malaysia memberi banyak pengalaman dan ilmu tentang dakwah. Mengenal apakah yang dimaksudkan dakwah. Tidak ramai yang ingin membantu orang yang berdakwah. Yang memberi komen memang ramai. Yang memerlukan lebih ramai. Lantaran itu, tidak wajar kalau dilihat sumbangan dan bantuan yang orang berikan. Tidak wajar diungkit segala sumbangan atau ejekan orang. Tetapi amat penting untuk dilihat bahawa semua insan di atas muka bumi ini memerlukan sentuhan jernih dan ikhlas dari dirimu tentang makna Ilahi. Amat ramai sebagaimana yang makin jelas setelah tiba di bumi US ini. Buat kali kedua.

Pada keheningan malam ini, aku ingin berkongsi. Aku ingin berkongsi dengan semua pengalamanku dahulu. Aku memerhati dan memerhati layar komputer. Aku memerhati sambil membina keyakinan. Akan ku-usahakan dengan cara terbaik. Aku yakin aku boleh. Dan aku yakin bahawa apa yang aku ingin sampaikan bukan untuk orang lain. Ia adalah untuk diriku yang amat-amat memerlukan. Apabila ku catat semula ini, diharap ia akan mengingatkan aku kembali dengan pengalaman hidup yang baik – agar dapat diteruskan pada masa akan datang. Jangan disia-siakan pengalaman yang sekelumit itu. Walaupun aku tahu bahawa amat banyak pengalaman yang buruk dari diriku yang penuh dengan dosa dan maksiat pada Allah.

Ya Allah! Bantulah hambaMu ini untuk menyampaikan serba sedikit ilmu dan pengalaman. Moga amal ini diterima Ya ALlah! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
WISDOM – English Section

In order to spread out the message and research, there is a sister web to ST-GALLERY which we name it...

Close