Hidayah…Mencari Tuhan
"Ustaz, jangan rasa tersinggung ya kalau ada soalan-soalan saya nanti akan mengganggu atau tidak sesuai bagi ustaz," katanya.
Aku duduk dan mendengar. Senyum. Biarkan dia bercakap, getusku.
"Sebenarnya saya ingin sangat untuk berdiskusi dan mengetahui halatuju saya. Saya seorang Melayu yang amat sukakan agama Kristian."
Saya mendengar. Sedikit terkejut dengan perawakannya yang begitu bersopan, bertudung. Namun kata-kata itu diujarkannya. Namun aku tahu bahawa aku perlu memahami apa yang berlaku. Biarlah begitu setakat ini.