Bagaimana potensi anda dapat dibangkitkan tanpa gagal?
Apabila kita nyatakan tanpa gagal, kita maksudkan tidak gagal dalam erti kata sebenar. Ada individu merasakan keluar daripada universiti pada tahun ketiga adalah gagal. Tetapi ia tidak dianggap gagal kalau ia tidak cukup duit atau tidak seia dengan personaliti yang perlu membesar dalam lingkungan berbeza sepert apa yang berlaku pada Bill Gates. Dalam konteks ini, ia masih belum gagal kerana nampak secara fizikal agak gagal, tetapi tidak pada tahap intelek, emosi dan rohaninya.
Jadi mari kita analisis persoalan sebelum ini dan alat untuk menghadapinya.
Ada individu yang tidak sedar potensinya sebagai 'abd.
EPIS.Kenali diri ada 4 potensi ini.
Ada individu yang tidak sedar potensi kepimpinannya atau khalifah.
EPIS. Kenali diri pada Modeling, Pathfinding, Empowering, Aligning
Ada yang sudah kenal potensi, tetapi tidak tahu mana mahu mula.
EPIS dimanifestasikan pada Vision, Discipline, Passion dan Conscience menurut Stephen R Covey.
Bagaimana untuk bersama manusia agar hasil nya efektif?
Dalami 7 Amalan Orang Yang Efektif: Proaktif,Mulakan Akhir dalam Minda, Utamakan Yang Utama, Fikir Menang-Menang, Memahami untuk Difahami, Sinergi dan Tajamkan Mata Gergaji
Ada yang sudah mula, tetapi tidak mampu istiqamah.
Rukun Iman, Islam dan Ihsan pada Anggota, Lisan dan Hati
Ada yang istiqamah, tetapi tidak tahan dengan cabaran luar yang datang.
Kenali SERIWAJA
Ada yang istiqamah, tetapi tidak bertahan dengan cabaran yang datang kerana ia sering berubah.
Kenali SERIWAJAH
Ada yang tahan cabaran, tetapi tidak kuat untuk diteruskan kerana nampaknya keteguhan yang dibina ada naik turun. Ketika turun, hasilnya menurun.
Kenali model Total Quality Management yang melibatkan unsur Resource, Process & System.
Kalau pun ada harapan, pasti atau tidak harapan itu pasti benar?
Perlu kepada analisis sistem yang benar. Carilah dalam Pemikiran Sistemik – dan secara spesifik ada pada agama Islam.
Tidak percaya atau belum yakin? Marilah kita berdiskusi dan mempraktikkan apa yang dipelajari berdasarkan topik di atas.