Koleksi ST-GalleryPOTENSI

Apa yang perlu dibuat ketika bosan?

Kenali bosan

Apakah bosan? Perasaan bosan dan hilang daya tumpuan timbul apabila keseimbangan ini tiada. Ini dialami sebahagian besar golongan muda di Malaysia sekarang, terutama dalam lingkungan umur 15 hingga 22 tahun. Dalam kajian yang dibuat oleh Research International mengenai Indeks Daya Tumpuan Remaja Wrigley, daripada 300 remaja Malaysia yang ditemubual, hanya 28 peratus berkata mereka boleh memberi tumpuan sewajarnya terhadap aktiviti seperti belajar, bersukan serta bersosial, manakala 72 peratus lagi mengakui usaha menumpukan perhatian ketika dalam aktiviti harian, termasuk belajar dan bersukan, lebih sukar serta meletihkan. (1)

Itu adalah kajian yang dilaksanakan di kalangan remaja Malaysia. Bagaimana pula dengan golongan belia dan dewasa? Sudah tentu peratusan kebosanan ini juga ketara. 

Perihal bosan 

Bosan berlaku kerana kurangnya interaktif dalaman dan luaran seseorang. Dalam diri setiap insan ada elemen fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Sebagai makhluk yang dinamik, ia perlu mempunyai pergerakan bagi keempat-emapt elemen ini. Jika ia tidak berlaku atau berlaku pada tahap yang amat rendah, inilah yang akan menyebabkan kebosanan.

Kajian dilakukan berasaskan beberapa kajian saintifik bebas yang mendapati mengunyah dapat membantu meningkatkan ‘isyarat otak’ sebanyak 46.3 peratus — satu petanda bahawa darah dan oksigen mengalir ke otak. Ini menjelaskan ketika seseorang itu bosan, kadar oksigen mengalir ini rendah. Kadar ini bukan sahaja dengan aktiviti fizikal, tetapi merangkumi aktiviti intelek, emosi dan spiritual.

Sebagai contoh,  bagi individu yang membaca dan berdiskusi ilmu di dalam kelas atau dalam kumpulan studi, peredaran darah ini makin aktif. Ini menyebabkan seseorang itu tidak bosan.

Persoalannya ialah, kekadang untuk studi, pada masa itulah datang rasa bosan. Atau dalam sesuatu selasa masa, kita terasa bosan dan tidak tahu ingin buat apa. Bagaimana menghadapinya? 

PIES dalam mendepani kebosanan 

Berikut dinyatakan beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam mengelakkan kebosanan. Keempat-empat aspek ini perlu diambil kira bagi memastikan usaha mendepani bosan ini dapat menghasilkan kejayaan:

Aspek fizikal:

  • Dapatkan rehat secukupnya
  • Biasakan kadar pemakanan yang seimbang 

Aspek intelek:

  • Membaca dan mencari sumber ilmu yang bermanfaat
  • Banyakkan aktiviti yang berfikir 

Aspek emosi:

  • Telefon atau bercakap dengan kawan atau ahli keluarga amat penting
  • Menyumbang atau membantu orang lain kerana ini akan menyebabkan berlakunya 'transaksi' emosi yang akan mengelakkan kebosanan 

Aspek spiritual 

  • Banyakkan peluang untuk berinteraksi dengan Tuhan : solat, baca Quran atau refleks
  • Apabila seseorang refleks dan melaksanakan ibadah kepada Tuhan, ia akan menyebabkan seseorang itu berinteraksi dan akhirnya kebosanan akan sirna. 

 Jadi jangan biarkan salah satu komponen di atas diabaikan. Kekadang kita menjaga fizikal, tetapi ia terseksa kerana emosi menuntut satu komitmen juga dalam diri. Ada orang yang sakit kepada kerana duit tinggal RM 1 dalam poket. Ada orang yang tetap ria walaupun banyak bil yang perlu dibayar kerana dia tahu dia perlu jaga emosi kerana ia berkaitan dengan kualiti intelenya. Apatah lagi kalau nilai spiritual – hubungan dengan Allah tidak digarap, ia akan menyebabkan hidup menjadi keluh kesah atau sentiasa tidak stabil – apa yang kita namakan sebagai bosan.

 (1)http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Sihat/20071118103514/Article/index_html 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Hidayah…Mencari Tuhan 8

Aku menyemak-nyemak koleksi SMS dalam telefon bimbit yang dibawa. Masih banyak SMS yang belum ku padam. Belum dipadam lantas ia...

Close