Hidayah...Mencari TuhanKoleksi ST-Gallery

Hidayah…Mencari Tuhan 6

"Memang ustaz dah nyatakan, ustaz tak nak paksa. Dalam al-Quran, tidak ada paksaan dalam agama. Itu jelas. Cuma Hidayah sendiri fahamkan, bahawa kalau Hidayah ingin tunjukkan sifat sombong dan bongkak, Hidayah tak nak dengar apa yang ustaz nyatakan. Kita berbincang ini untuk mengetahui kebenaran. Kalau Hidayah yakin dengan kebenaran Islam, masuklah Islam. Kalau yakin kebenaran Kristian, masuklah Kristian. Buat apa ustaz pilihkan agama untuk Hidayah. Kita masuk sesuatu agama adalah atas dasar keyakinan. Bukan sekadar ikut-ikutan. Ada orang Islam yang ikut-ikut. Itu sebab kadang-kadang iman mereka tak jelas atau akhlak mereka buruk."

"Jadi, kalau saya tak solat, tak pe lah ustaz?"

"Kalau Hidayah bukan Islam, tak perlu solat. Kalau Hidayah tak percaya Tuhan Yang Satu, buat apa solat. Kalau Hidayah tak nak bersyukur pada Tuhan Yang Satu, tak perlu solat."

Hidayah sedikit terkejut. Tapi dia jelas.

"Tudung?"

"Tak perlu pakai. Buat apa pakai tudung kalau Hidayah tak percaya dengan Tuhan yang memerintahkan pakai tudung ini. Kecualilah kalau Hidayah pakai ini sebagai fesyen, teruskan. Hidayah kan tak percaya pada Tuhan Yang Satu." 

Hidayah tidak ambil hati. Tidak kecil hati kerana dinyatakan tidak percaya pada Tuhan Yang Satu. Dalam keadaan dia kini yang masih tercari-cari, dia jelas prinsip yang ada dalam Islam. 

"Baiklah ustaz. Atas dasar itu, saya nak tahu, siapa Tuhan ? DI mana Tuhan?" 

Aku menarik nafas panjang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Hidayah…Mencari Tuhan 5

Wajarkah aku menanti saat 'pasti' dan 'pasti meyakinkan' itu sehingga akan tertimpa ujian daripada Allah? Sejarah Nabi menjelaskan dengan jelas....

Close