WQ 3 Padah Hutang Keluarga Hilang
Soalan untuk Panel WAQ 3 Padah Hutang Keluarga Hilang
Soalan ini adalah tentatif dan akan ditambah secara spontan dalam WAQ
Dato Dr Izhar
1. Hutang dibenarkan atau tidak dalam Islam? Sampai tahap mana?
2. Apakah panduan Quran dan Sunnah menguruskan hutang?
3. Kesan media sosial – Ada yang lihat orang lain ada kereta, dia pun nak kereta sampai berhutang. Ada TV besar, nak TV besar. Orang lain ada rumah, dia nak rumah. Apakah nasihat Dato agar tidak menjadi raqabah/ orang dibelenggu sebagaimana dalam Surah al-Balad?
Dato Nazim
1. Hutang menyebabkan ramai terseksa. Bagaimana pengalaman Dato menguruskan mereka yang berhutang dan dianiaya?
2. Hutang ada kaitan dengan Riba. Boleh kongsi pasal NoRiba?
3. Dato sarankan apa kepada orang Islam agar tidak dianiaya angkara hutang zaman Covid-19 ini?
Apakah yang saya belajar?
- Ramai melambatkan bayar hutang di kalangan ‘abang besar’ kerana ia ingin pusing atau birokrasi – Tokki
- Pentingnya ilmu menguruskan harta – contohnya ada takaful bagi setiap barang mahal dibeli seperti kereta atau rumah agar hutang tidak disandang oleh orang lain selepas kita meninggal – Dr Izhar