The Art of Squeezing

Dalam kehidupan seharian, banyak yang ingin dilaksanakan. Tanggungjawab belajar. Tanggungjawab ibadah. Tanggungjawab persatuan. Tanggungjawab dakwah. Masa yang ada hanya 24 jam. Tetapi apabila dilihat kepada senarai yang ada, banyak belum dibereskan. Priority sudah diletakkan dalam kerja harian tersebut. Tetapi masih banyak lagi yang tidak selesai. Fikiran bingung. Bagaimana nak squeeze semua perkara tersebut dalam 24 jam yang ada? Mari perhatikan kepada The Art of Squeezing – salah satu kajian dalam ‘Credit Hour Juice’ – sebuah program untuk melahirkan penggerak dan jurulatih (trainer).

Sebenarnya ramai suka untuk melaksanakan pelbagai perkara kerana masing-masing ingin berjaya dan cemerlang.Kejayaan dan kecemerlangan bukan datang menggolek. Ia adalah saringan untuk menentukan produk terbaik di kalangan manusia. Seperti sebiji limau atau mangga, yang amat berharga ialah jus-nya. Kalau sebiji mangga itu habis jusnya, ia akan dibuang bersepah. Apakah jus dalam diri manusia? Hasil kejayaan yang bersih ikhlas. Sebersih susu yang perlu diperah.

Jus dan masa

Samada nak menghasilkan ‘jus’ dari lembu atau mangga, kedua-duanya perlu diperah. Squeeze. Selepas diperah, barulah ia menghasilkan susu atau jus mangga. Berhubung susu ini, Allah ada menyatakan dalam al-Quran pada surah an-Nahl:

[66]
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih (kholisan), yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.

Bersih itu dikaitkan dengan kholisan atau ikhlas. Itulah ciri ‘jus lembu’. Jus manusia? Kejayaan yang ikhlas – melayakkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Jadi untuk menghasilkan jus kejayaan tersebut, perlukan kemahiran ‘memerah’ masa. Jus, dalam bahasa Arab ialah ‘aseer. Masa, dalam bahasa Arab ialah ‘asr. Kedua-duanya dari root yang sama.

Perah dan The Art of Squeezing

Jadi tidak dapat disangkal, teknik memerah ini perlu ada. Ramai yang sudah letakkan senarai untuk dibuat hari ini, letakkan target dalam kehidupan, buat itu dan ini. Semua itu untuk menguruskan (mengurus – kurus? atau mengurus – urus?) atau memerah masa?

Kalau masa boleh diurus dengan semudah itu, pasti ramai yang sudah berjaya. Sebenarnya ia lebih dari itu. Ia perlukan kemahiran ‘memerah’. Ini yang membezakan individu yang berjaya membuat banyak perkara dalam masa yang ada. Do more with your time.

Jika diperhatikan kepada jadual Nabi seharian, kita akan dapat melihat kemahiran itu. Kemahiran the art of squeezing ini bukan hanya dibaca dalam artikel atau buku. Ia ditunjukkan oleh Allah melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan Jibril. Ia memerlukan support dari Allah. Bukan hanya kemahiran mengurus masa yang kita fahami secara intelek. Bukan hanya berdasarkan semangat kejayaan dan emosi kita sahaja. Dan bukan sekadar planner , jam loceng, jam tangan dan Microsoft Project untuk menjadikan kita berjaya ‘memerah masa’ menghasilkan jus amal yang ikhlas.

Apabila kita sedar perkara ini, kita akan mampu pergi lebih jauh. Orang lain ada 24 jam, anda juga ada 24 jam. Tetapi dengan melaksanakan The Art of Squeezing, anda mampu melaksanakan lebih banyak perkara yang ‘juicy’ berbanding orang lain. Bukankah anda inginkan hasil yang terbaik , bukan sekadar hampas mangga semata-mata?

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana teknik melaksanakan perkara ini, sila hubungi wakil MISG atau berhubung terus dengan penulis di info@almuntalaq.com .

Facebook Comments:

7 thoughts on “The Art of Squeezing

  • March 31, 2009 at 4:10 pm
    Permalink

    menarik…kita perlu meng”upgrade”kan teknik memerah untuk memperoleh productiviti yang lebih hebat dari masa ke masa.

    Reply
  • March 31, 2009 at 4:40 pm
    Permalink

    Wow, ini satu pengetahuan baru. Selama ini, yang kita susun-susun jadual, make plan ahead itu rupanya masih tidak mengcukupi lagi rupanya untuk berjaya di dalam hidup.

    Satu kupasan yang penuh misteri. Moga dapat dikongsi bersama seni tersebut, insyaAllah. =)

    Reply
  • March 31, 2009 at 10:41 pm
    Permalink

    tak pernah terfikir pula pasal minum jus manusia. Kalau kita pandai perah diri sendiri, insyallah kita akan dapat minum kenikmatannya dikemudian hari.

    Reply
  • April 1, 2009 at 10:19 am
    Permalink

    kupasan yang menarik. teringat kadang2 bila kita cuba mengajak rakan2 melakukan kebaikan yang memerlukan sedikit pengorbanan masa seperti solat berjemaah di masjid, pergi ke program islamik,etc kita selalu mendengar alasan seperti ‘tiada masa’, ‘busy nak siapkan homework’, ‘tak sempat pegi’,’lain kali la’ dan macam-macam lagi. bahkan bila diri sendiri sibuk, pelbagai alasan juga dicipta untuk memuaskan hati sendiri. namun persoalannya adakah kita benar-benar sibuk? sedangkan dalam 24 jam, ada yang mampu menghabiskan masa berjam2 melayan youtube, drama bersiri, facebook, games, shopping, tidur dan bermacam2 lagi. segalanya berbalik kepada disiplin diri dan iman masing2. semoga seni “memerah” tersebut dapat merungkai teknik pengurusan masa terbaik dan menyedarkan kita tentang kepentingan masa. pastinya ada hikmah Allah bersumpah demi masa.semoga Allah kurniakan kita keberkatan masa dan kemudahan nikmat. Ameen..

    Reply
  • April 9, 2009 at 3:23 am
    Permalink

    saya nk tau lebih lanjut pasal the art of squeezing ni boleh x?
    ke da bincang dlm usrah?

    terasa gak~ dah buat perancangan yg t’baik dah rsnya,
    nk uruskan masa dgn sungguh2, nk seimbangkan semua2 t/jwb yg ada,
    nk berjaya dlm semua yg kita nk buat.
    tp mcm xdpt2 nk squeeze semua sekali. seolah2 diri ni yg tamak. tp x. memang byk t/jwab n cita2 yg perlu diselesaikan.

    xmau salahkan masa yg da fixed. xmau salahkan t/jwb yg mmg da jd kewajipan. tp nk salahkan diri sendiri, pun rsnya da cuba nk buat yg terbaik juga. mungkin ada silap dimana2 dlm m’hsilkn yg t’baik dr diri sendiri.

    minta tolong tambahan input ttg ni ye.
    =]
    thx

    Reply
    • April 9, 2009 at 7:13 am
      Permalink

      kalau nak blaja pasal ni dgn lebih mendalam, boleh sertai program ni masterpies.com/info.htm

      Reply
  • Pingback:« Pengurusan Masa dalam Surah alMasterPIES Course

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
TwitTarbiah 2009-03-31

should i accept the job offer ? or not ? should i continue ...? 'credit hour juice' will help you

Close