Umum

Sikap Altruistik

ALTRUISME DALAM AGAMA ISLAM

Dalam Islam altruisme memberi maksud yang sama dengan “al-Itsar”. Al-itsar merupakan istilah arab yang membawa maksud mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Ianya adalah tingkatan yang paling tinggi dalam hubungan persaudaraan (ukhuwah).

Imam Al-Ghazali membahagikan Itsar dalam tiga tingkatan;

  1. Tingkat paling rendah
    Memberikan sesuatu yang tidak diperlukan (kepentingan pada diri) lagi oleh diri sendiri.
  1. Tingkat pertengahan/sederhana

Apa yang ada pada diri, seperti itu juga diberikan kepada orang lain.

  1. Tingkat paling tinggi

Mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri.

 

Dalam pembahagian tersebut, Imam al-Ghazali ingin memberikan gambaran tentang berbagai tingkahlaku pengorbanan yang dilakukan manusia.

Namun sebenarnya sikap altruistik yang ketiga adalah yang sebenar-benarnya yang diajarkan oleh Islam.

 

SIKAP ALTRUISTIK (altruistic behaviour)

Dalam al-Quran tersurat secara jelas menceritakan perihal altruisme Kaum Ansar terhadap Kaum Muhajirin. Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 9:

وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡہِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمۡ حَاجَةً۬ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِہِمۡ خَصَاصَةٌ۬‌ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ( ٩ )

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

(Surah al-Hasyr 59:9)

 

Pengajaran berdasarkan ayat tersebut, sikap altruistik yang diterapkan kaum Ansar di Madinah adalah telah merelakan harta dan tempat tinggal mereka untuk diberikan kepada kaum Muhajirin. Walhal dalam pada masa sama, ia sangat diperlukan oleh kaum Ansar.

Selain dari kisah tersebut, ada lagi kisah di dalam al-Quran yang menceritakan tentang sikap altruistik.

 

Menurut Ibnu Jarir al-Thabari dalam tafsir Al-Thabary menyebutkan dalam Riwayat Abu Hurairah bahawa;

Pada suatu hari ada seorang tetamu lelaki datang kepada Rasulullah. Oleh kerana di rumah Rasulullah tidak mempunyai makanan untuk dijamu, maka beliau bertanya kepada para sahabat,

“Siapakah kiranya yang sudi menjamu tetamuku ini?”.

Saat itu Abu Thalhah, salah seorang sahabat dari kalangan Ansar menyatakan kesediaannya untuk menjamu tetamu tersebut. Lalu Thalhah mengajak tetamu Rasulullah SAW tersebut ke rumahnya.

Pada ketika itu, di rumahnya juga sebenarnya makanan tidak mencukupi kecuali hanya untuk anak-anaknya sahaja. Dengan kepandaiannya, Thalhah memerintahkan isterinya untuk mengajak anaknya untuk bermain-main, dan ketika anaknya meminta makan malam, maka diajaknya pula mereka tidur.

Ketika tetamu tadi masuk ke tempat makan, Thalhah memerintahkan isterinya untuk mematikan lampu. Ianya agar si tetamu tidak mengetahui bahawa sebenarnya makanan yang disediakan hanya cukup untuk dirinya sahaja.

Thalhah dan isterinya turut sama-sama duduk di ruang makan seolah-olah turut makan bersama. Mereka hanya duduk bersama, sementara hanya tetamu sahaja yang makan. Setelah itu mereka suami isteri tidur dalam keadaan menahan lapar.

Keesokan paginya, Thalhah dan isterinya menemui Rasulullah, kemudian Baginda Nabi SAW memberitahu  pujian Allah SWT kepada mereka;

”Sesungguh Allah SWT kagum dengan perbuatan kamu berdua terhadap tetamu.”

(HR Muttafaq ‘alaih).

 

Berdasarkan kedua-dua kisah di atas, ia merupakan sikap altruistik yang dicontohkan oleh sahabat Nabi Muhammad SAW.

Sikap altruistik yang dilakukan kaum Ansar adalah atas dasar ikatan persaudaraan kemanusiaan (ukhuwah insaniyah) dan juga ikatan persaudaraan sesama muslim (ukhuwah Islamiyah) yang sangat perlu diambil pengajaran dan diaplikasi dalam kehidupan Muslim pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Re-Engineering Insan

MUQADDIMAH Perkataan al-insan merupakan istilah arab yang membawa maksud manusia. Konsep insan boleh dirujuk kepada artikel sebelum ini iaitu ‘Altruistic

Close