Hadapi Apa Yang Orang Lain Tak Mahu Hadapi

1. Bagi individu yang mahukan kejayaan yang besar, cabaran yang bakal dihadapi juga semakin besar. Cabaran adalah satu ujian untuk membuktikan kebolehan seseorang berfikir dan bertindak serta bertawakal dalam suasana yang cukup genting.

Lebih dari itu ianya sebagai satu medan meningkatkan kebolehan serta mempersiapkan kekuatan diri.


2. Ketakutan atau was-was pula adalah musuh rapat yang sering mengekori dalam setiap cabaran. Kita takut untuk menghadapi cabaran yang tidak pasti keputusannya samada akan memihak kepada kita atau tidak.

3. Jalan mudah untuk menghadapi cabaran ini adalah dengan melarikan diri. Dan itulah yang ramai orang yang mudah berputus asa melakukannya, daripada membebankan diri dengan banyak urusan lebih baik memilih hidup yang mudah.

4. Ianya adalah satu sifat semulajadi untuk manusia memilih mendepani cabaran yang mudah untuk merasa selamat dalam tindakannya.

Bukan satu kesalahan untuk merasakan kelemahan diri seperti itu kerana ia telah tertanam dalam jiwa manusia. Namun setiap kelemahan itu pasti telah disediakan jalan untuk mengatasinya.

5. Dalam peperangan pertama umat Islam iaitu peperangan Badar, telah berlaku satu percanggahan pendapat dikalangan sahabat tentang keperluan berperang dengan tentera musyrik mekah yang lengkap kekuatannya.

6. Pada asalnya tentera Islam hanya ingin menyerang rombongan dagangan Abu Sufyan bin Harb yang membawa dagangan daripada Syria.

7. Namun rombongan tersebut sempat meminta bantuan ketenteraan daripada tentera bersenjata musyrik Mekah dibawah pimpinan Utbah bib Rabi’ah dan Abu Jahal.

8. Tentera Islam keluar pada mulanya untuk satu urusan yang tidak begitu besar tetapi kemudian mereka terpaksa menghadapi ujian berat yang menuntut curahan seluruh pemikiran dan perasaan.

9. Jika dikira-kira daripada sudut fizikal pasti tentera Islam akan tewas. Itulah yang bermain dalam jiwa tentera Islam ketika itu. Satu perasaan gundah, resah dan risau.

10. Bukan takut menjalankan perintah Allah tetapi risau kepada aspek fizikal yang lemah akan menyebabkan mereka tewas secara sia-sia.

11. Namun nabi telah memimpin emosi mereka dengan memperkuatkan keyakinan mereka kepada takdir tuhan bahawa kemenangan adalah sesuatu yang pasti bagi mereka yang melaksanankan tugas.

12. Tanggungjawab manusia adalah merancang dan melaksana dengan kekuatan minda. Hanya bagaimana kemenangan itu akan dicapai menjadi rahsia Allah kepada manusia yang bertawakal.

Wallahu a’lam.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kritik Sosial : Nilai Bahasa Melayu

1. Bahasa Melayu bukanlah bahasa kegunaan utama di Malaysia. Kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara tidak bererti ia adalah bahasa komunikasi

Close