GET dalam perundingan


Greg Neal, seorang jurujual cemerlang bertaraf antarabangsa mengkategorikan gejala angkuh kepada tiga elemen yang digelar GET (lihat jadual).

Elemen Penerangan
G G adalah GAIN, iaitu dapatan peribadi saya, perkara yang saya kecapi, dan perkara yang saya akan perolehi.

 

E E adalah EMOSI, iaitu perasaan saya, rasa tidak selamat, ketakutan saya, dan identiti saya.

 

T T adalah TERITORI, iaitu tanah jajahan saya, orang bawahan saya, bajet saya, projek saya, dan kepakaran saya.

 

 

GET tidak hanya berlaku kepada orang yang bersifat hubris di tahap tertentu, malahan ia boleh berlaku kepada ramai orang. Akibatnya boleh menyebabkan sesuatu perundingan itu menjadi terjejas.

‘Apa yang saya akan dapat jika melakukan hal demikian’, ‘adakah saya tidak berguna?’, ‘nanti hal ini akan menjatuhkan maruah saya sebagai ketua’, ‘siapa yang akan berkuasa?’ dan banyak lagi contoh berkaitan GET. Menurut Neil, unsur GET dapat menjerat diri semasa kita sedang berusaha mencapai sinergi.

GET Qabil dan Habil

Nabi Adam as dianugerahkan dalam setiap kelahiran pasangan kembar lelaki dan perempuan. Pasangan kembar Habil tidak cantik sementara pasangan kembar Qabil pula cantik. Qabil hanya boleh berkahwin dengan kembar Habil manakala Habil pula sebaliknya. Lantas Qabil yang tidak berpuas hati meminta untuk berkahwin dengan kembarnya sendiri. Kerana perbalahan ini, maka Nabi Adam mensyaratkan agar dipersembahkan korban masing-masing, dan yang diterima korbannya maka akan dikahwinkan dengan kembar Qabil. Ironinya, korban Habil diterima manakala korban Qabil ditolak kerana keikhlasan masing-masing. Ini menyebabkan Qabil lebih tidak berpuas hati sehingga akhirnya membunuh Habil.

G Qabil tidak berpuas hati dengan apa yang bakal diterimanya

 

E Emosi Qabil mula terganggu lantas meminta agar dapat mengahwini kembarnya sendiri

 

T Korban Qabil tidak diterima dan bermakna Habil yang akan mengahwini kembar Qabil yang cantik.

 

 

Peristiwa di atas berlaku kerana Qabil yang tidak berpuas hati dengan apa yang bakal diterimanya. Emosi beliau mula terganggu lantas meminta agar dapat mengahwini kembarnya sendiri. Dan ini tidak akan berlaku sehinggalah dapat dipersembahkan korban yang terbaik. Sekali lagi, Qabil tidak berjaya dalam korban tersebut dan menyedari bahawa Habil yang akan mengahwini kembarnya yang cantik. Peristiwa ini dirakamkan dalam Al-Quran melalui firmanNya:

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa;

Al-Maidah (5:27)

Apakah solusinya ?

Berdasarkan cerita Qabil dan Habil di atas, GET sekiranya tidak diurus dengan baik boleh menggagalkan sesebuah perundingan sehingga membawa kepada mudarat yang besar.

Neal diberi tanggungjawab untuk menguruskan sebuah syarikat yang mempunyai organisasi pemasaran yang amat kuat dan tim jualan yang sangat efektif dan teliti. Tetapi jurang mereka sangat jauh, daripada komunikasi asas sehingga ke tahap perebutan hak penjenamaan. Jurang yang berlarutan ini akhirnya menyebabkan syarikat mengalami kerugian.

Syarikat menubuhkan sebuah pasukan lain untuk mengatasi hal ini yang diketuai oleh Neal, iaitu pasukan integrasi. Neal mula membentangkan ideanya kepada pasukan pemasaran dan pasukan jualan, termasuk menyentuh topik GET. Respon mereka hanyalah diam dan membisa, jauh sekali untuk mengucapkan terima kasih. Selepas beberapa bulan, keadaan masih tidak berubah. Akhirnya Neal menyedari bahaw beliau telah bermula dengan langkah yang salah. Emosi mereka belum bersedia untuk menerima idea sinergi.

Neal mengubah strategi daripada memberikan pelbagai idea dan memberi penekanan tentang GET, kepada usaha untuk mendapatkan maklum balas pasukan pemasaran dan pasukan jualan dengan memberi peluang mereka bersuara dan mendengar kepada idea mereka. Sekalipun ia mengambil masa hingga 9 bulan, namun ianya berbaloi apabila pelancaran produk baru mereka berjaya menembusi pasaran dan bersaing dengan syarikat lain yang lebih berpengalaman.

Dengan memberikan peluang untuk semua orang bersuara dan bersedia mendengar idea mereka, Neal akhirnya berjaya menembusi GET, iaitu pegangan minda bersifat defensif yang mewujudkan budaya asabiyah seterusnya membuatkan sinergi dalam perundingan dapat berlaku dengan lancar dan mencipta kejayaan besar.

Keupayaan untuk memberikan ruang bersuara dan mendengar idea perlu disertai dengan taqwa iaitu ‘mereka yang takut dengan sungguh-sungguh kepada Allah dalam tindakan mereka’. Ibn Hatim merakamkan bahawa Abu Darda pernah berkata, Sekiranya Allah menerima sesuatu dariku sekalipun hanya 1 solat dariku, itu lebih baik bagiku bagi kehidupan ini dan segala isinya. Ini kerana Allah swt berfirman ‘Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa’.

Perundingan antara Qabil dan Habil pasti berjaya sekiranya Qabil bertaqwa kepada Allah setelah diberi beliau diberi ruang oleh Nabi Adam as untuk bersuara dan pendapatnya itu didengari, lantas diadakan suatu persembahan yang adil.

Kesimpulannya dengan mengatasi GET dapat membuka ruang kepada perundingan yang lebih berkesan. Dan bagi mengisi kepada idea GET, keupayaan untuk memberi ruang semua orang bersuara dan sedia mendengar suara mereka dapat menembusi GET itu sendiri. Semua ini pasti akan membawa natijah yang baik bila ia sentiasa disertai dengan taqwa.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Hubris merencatkan perundingan

Ali merupakan CEO di sebuah syarikat KLM semenjak 9 tahun yang lepas. Ahli lembaga pengarah bercadang menggantikan tempat Ali dengan...

Close