Umum

Umum

Tajuk research yang menarik?

sekarang, saya terpaksa menyusun semula tajuk penyelidikan di peringkat sarjana. Hampir satu tahun saya mengkaji, melakukan pembacaan, praktikal dan melakukan perbincangan dengan segenap lapisan masyarakat dalam membincangkan tentang penghayatan dan kefahaman. apa yang yang menarik minat saya kini ialah, apakah kesan yang akan terjadi kepada individu yang mempunyai latarbelakang yang berbeza; iaitu mereka yang mempunyai latarbelakang studi agama (teologies) dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam kajian alam (science). Jadi, apakah yang berlaku disebalik tahap keyakinan dalam penghayatan dan kefahaman Islam kepada potensi kecerdasan spiritual mereka?

Read More
Umum

Siapakah Orang Yang Stabil EQnya?

Jika kita melihat kepada definasi EQ, menurut Daniel Goleman;

 

Keupayaan untuk mengenal emosi diri sendiri dan orang lain untuk tujuan motivasi

 

adakah anda sudah mengenali keupayaan EQ anda? adakah anda mampu mengawal EQ anda untuk mencapai sukses dalam hidup anda? adakah anda sudah mampu berkawan dengan EQ anda? adakah orang yang tidak mampu mengenali EQnya adalah orang yang kurang sukses? bagaimana mengawal EQ yang sebenarnya?sejauh manakah kebenarannya? 

Read More
Umum

Laptop $30 dan Gaoyong

{popin}

Sepanjang berada di California ini, saya melanggan satu mailing list untuk pelajar University of Southern California. Ia adalah mailing list yang menyenaraikan barang-barang yang akan dijual oleh pelajar untuk pelajar. Salah satu perkara yang menarik yang dijual baru-baru ini ialah Laptop berharga $30 (sekitar RM93). Saya bertanya isteri disayangi: nak beli? Boleh juga. Untuk Hajar – buat dia main-main. Pada kami, laptop $30 tentulah tidak sebaik mana kerana harga itu adalah harga yang amat rendah. Paling kurang, harga laptop terpakai ialah sekitar $200 ke atas. Saya menelefon pelajar tersebut setelah berbalas email. Laptop itu masih ada…

 

Read More
Umum

PAKS, Marketing dan Dakwah

Mungkin ada di antara anda yang pernah membaca bahagian-bahagian awal karya saya di laman ini atau web lain yang bertajuk Pendakwah Air Kacang Soya. Saya menulis tajuk tersebut dengan Saudara Amirul. Ia masih dalam proses finalize untuk dihantar bagi tujuan penerbitan. Dalam karya tersebut, saya berkongsi pengalaman melihat individu yang menjual air kacang soya dan bagaimana kesungguhannya untuk menjual produknya. Kesungguhan dalam dunia bisnes ini saya kaitkan dengan alam dakwah kerana produk dakwah ialah Islam itu sendiri. Cuma apa yang lebih menarik dalam pengalaman saya beberapa hari ini: alam e-marketing mempunyai konsep yang hampir sama – menggunakan teknologi IT yang ada. Rugi kalau keseriusan dalam dunia IT ini tidak dimanfaatkan oleh individu yang terleibat dengan dakwah.

Read More
Umum

8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

heart.jpgMenurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga : (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, (2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan (3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Alloh Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Alloh SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.

Read More
Organisasi/ SyarikatProgram

Minat PS untuk Organisasi dan Syarikat Anda?

Saya sudah dua kali bertemu seorang pensyarah daripada Multimedia University dan saya terkejut apabila beliau menyatakan bahawa beliau mendalami dan mengajar Pemikiran Sistemik. Sudah lama saya mencari individu yang memahami konsep ini agar mudah saya diskusi dengannya. Kami bertekad. Kami akan mengendalikan program Pemikiran Sistemik untuk organisasi dan korporat. Anda berminat mengetahui lebih lanjut? Sila email fazrul@total-success.net dan saya akan mengirimkan brosur untuk anda.

Read More
Umum

Perlukah Kita Memotivasikan Para Pendakwah Kita?

Program motivasi kini semakin hangat permintaannya. Tidak kiralah di mana-mana sektor swasta atau badan-badan kerajaan, malah di ipt-ipt serta sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Bahkan bukan di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia memerlukan khidmat motivasi bagi tujuan meningkatkan produktiviti setempat. Bukankah memberi motivasi ini seolah-olah satu ‘kerja’ yang mampu memberi ‘solution’ atau penyelesaian kepada mereka yang bermasalah agar menemui jalan yang lurus?

Read More