Riding the Giant

Dalam kehidupan seharian, ada banyak perkara yang kita ingin buat.

Ada orang lain yang buat kerja seperti kita dan kita akan nampak mereka lebih ‘besar’. Inilah Giant.

Apakah mentaliti biasa apabila kita nampak ‘Giant’ dalam dunia bisnes? Samada gentar atau iri.

Apakah yang dilihat dalam dunia dakwah apabila melihat ada kumpulan lain yang lebih ‘giant’ dari kita? Mudah kita gentar atau iri hati.

Apakah yang kita nampak apabila seseorang itu banyak ilmu, harta atau pengaruh? Gentar atau iri hati.

Gentar atau iri hati mudah menyelinap. Namun ia perlu diubat agar ia tidak membarah.

Alhamdulillah

Ubatnya ialah ‘Alhamdulillah’. Segala pujian dan kesyukuran bagi Allah.

Allah juga boleh beri yang sama atau lebih hebat daripada apa yang diberikan kepada ‘giant’ itu.

Malah dengan ‘iyyakana’ budu’, kita akan nampak bahawa ‘giant’ ini perlu dihargai dan disinergikan. Kalau sudah nampak Allah yang boleh menyatukan dan menjadi hala tuju kita, maka ‘giant’ ini juga boleh disatukan dan dimanfaatkan.

Apa perlu buat?

  1. Kenalpasti giant
  2. kenalpasti kekuatan dan kekurangan diri
  3. dekati giant
  4. manfaatkan kekuatan Giant untuk melaksanakan tujuan baik kita
  5. Pastikan ‘riding the Giant’ itu benar-benar selamat

Anda ada hasrat untuk mengamalkan tip ini? Jika ya, sila email kepada fazrul.ismail@gmail.com . Saya akan perkenalkan dengan beberapa Giant untuk anda. Paling kurang kita ke supermarket Giant. 🙂

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengapa teknik berfikir ‘sukar’?

Ia mempunyai banyak butiran Kerana CoRT sahaja ada 60 alat dalam 6 tema (CoRt 1-6) Kalau banyak sangat, bila mahu

Close