Umum

Bukan ‘Hotel California’

Dulu saya pernah mendengar lagu ‘Hotel California’ oleh kumpulan Eagles. Memang ‘mahsyuk’ – kata orang muda-muda (dan saya masih muda sekarang, Alhamdulillah). Namun setelah saya mendalami tentang hukum muzik dan serba sedikit kandungan liriknya yang membayangkan budaya hedonisme terutama di kawasan Los Angeles, lagu itu menjadi kenangan. Sudah hampir 2 tahun saya di Los Angeles, California tetapi saya tak berminat untuk mencari di mana Hotel California tersebut. Yang saya cari-cari ialah lesen memandu California – kerana ia memudahkan urusan saya di sini – walaupun sudah agak terlewat mendapatnya. Ia bermula beberapa minggu lepas.

Selepas habis program di Michigan, saya melawat dan jatuh hati dengan al-Furqaan Foundation. Saya terlibat dengan kerja volunteer yang bertujuan untuk berkongsi terjemahanan al-Quran kepada seluruh rakyat Amerika. Saya makin sedar pentingnya terjemahan al-Quran ini kerana pada Sabtu lepas, saya sempat menghadiri ceramah Yoshua Evans – yang kembali pada Islam selepas mendapat hadiah al-Quran daripada seorang Muslim.

Untuk bekerja sebagai volunteer ini, saya perlu dapatkan lesen untuk memandu walaupun saya ada lesen Malaysia yang boleh digunakan. Saya ingin dapatkan lesen memandu California kerana ia akan menjadi ID. Jadi tidak perlulah saya membawa pasport Malaysia ke mana sahaja.

Jadualkan ujian memandu

Selepas saya mengambil ujian bertulis, saya jadualkan untuk sesi ujian memandu. Kalau ikutkan kertas lesen ‘L’, saya perlu ada seseorang untuk menemankan saya mengambil lesen. Tanpa individu yang menemankan, saya tidak dibenarkan mengambil lesen.

Petang itu, saya menghubungi beberapa orang kawan. Salah seorangnya Abdul Salam, kawan semasjid di sini. Saya amat rapat dengan dia, dan banyak perkara yang saya belajar darinya terutama dalam melihat kesungguhan beliau dalam kehidupan seharian.

Abdul Salam tidak dapat menemankan

Pagi ujian memandu itu, saya bertemu dengan Abdul Salam di masjid. Segalanya berjalan lancar. Beliau menyatakan dia keluar kejap dari tempat kerja setelah memberitahu kepada pegawai keselamatan di tempat kerjanya. Dia bersama dengan saya.

Tidak lama kemudian, Abdul Salam menerima panggilan dari pejabat. Katanya dia dipanggil untuk tugasan segera yang memerlukan kepakarannya. Abdul Salam nampak tidak pasti, tetapi dia perlu untuk ke tempat kerja.

Saya terus memandu ke Department of Motor & Vehicles (DMV). Sampai di sana, kami perlu menunggu lebih 1 jam. Abdul Salam menerima panggilan demi panggilan. Akhirnya dia berkata ‘i need to go’. Saya yang sudah menunggu lebih 40 minit rasa agak kecewa kerana sudah dekatt giliran untuk saya mengambil lesen tersebut.

Saya angguk. Dalam hati, ‘macam mana kalau tidak ada teman untuk saya mengambil ujian ini’. Di atas slip memandu sementara, jelas tertera bahawa saya perlukan seseorang yang mempunyai lesen California sah untuk menemankan.

Mencari backup

Setelah Abdul Salam pergi, saya berusaha mencari backup. Saya meminta jasa Abdul Salam juga untuk mencari ganti. Lebih 20 minit, kami berusaha mencari backup sesiapa yang memegang lesen California untuk hadir dan menemankan saya.

Namun gagal.

Saya telefon kali terakhir kepada Abdul Salam ‘it is okay brother. I want you to make du’a (prayer). When He wants, anything can happen.’ ‘Sure, brother.’

Pegawai DMV datang

Sementara menunggu itu, saya keluarkan lesen Malaysia. Saya keluarkan dan sekalikan dengan dokumen lain yang diperlukan. Dalam hati saya terus berdoa. Kalau Abdul Salam ada, pasti saya banyak berharap padanya. Tetapi kini Allah menguji. Dan saya yakin bahawa doa akan dikabulkan, samada cepat atau lambat.

Saya berkata-kata dalam hati agar Allah mudahkan urusan ini agar selepas ini urusan saya dengan al-Furqaan boleh berjalan dengan lancar.

Sesampai sahaja pegawai DMV, saya menyerahkan segala dokumen. Saya letakkan lesen memandu Malaysia paling atas.

‘Oh you have license from other country.’ Diperhatikan semua dokumen, dan diletakkannya di atas dashboard.

No problem?

Dia terus ke belakang. Dalam aturan kereta untuk masuk diuji itu, pemandu kereta dibelakang di arah keluar dari barisan. Dia nampak kecewa. ‘You need to come other time.’

Fuh, Alhamdulillah

Maksudnya doa saya dikabulkan? Debaran hati masih tidak berkurang walaupun nampak gaya semuanya lancar.

Akhirnya tiba giliran saya untuk diuji. Saya menyalakan lampu signal ke kanan, kiri dan menunjukkan isyarat tangan jike ke kiri atau kanan jika lampu signal rosak. Saya pandu mengikut arahan. Cuba amat berhati-hati tetapi relax.

Tamat sahaja ujian tersebut, pegawai yang menguji memberitahu saya

You need to be more careful.

Green doesn’t mean you can drive and go. Look for other cars from different direction. Look for the pedestarian.

You need to be more careful at STOP sign. Don’t make sharp turn.You need to see on your shoulder for blindspots

10 kesilapan!

You pass!

Alhamdulillah. Maksimum kesilapan yang dibenarkan ialah 15. Semasa saya ke dalam pejabat DMV, saya bertemu seorang wanita Perancis. Dia menyatakan ‘I am a bad driver‘.

‘How many mistakes you made?’ saya bertanya.

‘One’

???

Hati-hati di California

Saya berazam selepas ini untuk lebih berhati-hati walaupun sudah memandu hampir 10 tahun. Berhati-hati dan mengutamakan orang lain di California dan di mana sahaja. Juga berhati-hati dengan cara hidup dan budaya di California, kerana hedonisme di mana sahaja. Hedonisme inilah yang menjadi budaya dan dieksport ke negara kecintaan saya di Malaysia. Beberapa hari lepas saya lalu Disneyland di Anaheim. Sambil tersenyum, saya sedar. Disneyland dan Hollywood tak de apa pada kami yang tinggal di California. Tapi bagi yang di luar Los Angeles, ia nampak gah dan malah seperti segala-galanya.

Di Malaysia, di US atau di mana sahaja, tawakal pada Allah amat penting. Saya bertemu dengan Abdul Salam di Masjid Omar pada waktu Zuhur. Dia menyatakan ‘brother, I will take one day off next time.’ Saya bertanya mengapa. ‘For the test‘.

‘I got my license’

‘Really? Subhanallah’

‘Don’t belittle the power of du’a, brother’

Dia terkejut. Dalam riak wajahnya ada kepuasan dan kesyukuran pada Allah. Saya faham, kerana dia rasa bersalah. Namun bukan dia dan saya yang mengawal keadaan. Allah yang merancang segala-galanya.

Kalau mengikut Wikipedia, Hotel California ialah tempat  “you can check out anytime you like, but you can never leave.” Ia menceritakan budaya hedonisme. Saya tak nak budaya Hotel California di bawa balik ke Malaysia. Ia akan memerangkap sesiapa sahaja dalam kemelut budaya berlebihan atau musrifuun. Allah tidak suka golongan musrifuun. Individu yang tidak bergantung kepada Allah dan hanya mendabikkan diri dengan kejayaan sendiri. Bantu kami ya Allah!

2 thoughts on “Bukan ‘Hotel California’

  • poji nz

    salam.. jzkk ustaz utk perkongsian.. menyedarkan ana betapa pentingnya doa dan yakin dengan apa yg didoakan tu.. jzkk sekali lg:)

    Reply
  • omar_mokhtar

    Tahniah kerana berjaya mendapatkan lesen. Cerita Bro Fazrul mengingatkan saya dengan cerita Nabi Yusuf juga. Allah sengaja memberi ujian demi meningkatkan pergantungan kita kepada Allah S.W.T. Segala yang ada didunia cuma ‘means’ not ‘everything’ and sometimes can’t be even called as ‘one thing’.

    jzzk khair atas perkongsian. 🙂

    Reply

Leave a Reply to omar_mokhtar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-08-09

@wan_khalil hehe kena kuatkan diri setiap hari dengan amalan spiritual :) in reply to wan_khalil #

Close