EPIS, PIES atau IPES?
Sila perhatikan diagram berikut:
EPIS:
PIES:
IPES
Manakah yang anda setuju? Adakah model EPIS, PIES atau IPES yang bersesuaian dengan naluri anda sendiri untuk menuju kejayaan? Ada satu aktiviti untuk anda. Sila pilih apa-apa aktiviti dalam hidup anda dan bandingkan dengan diagram di atas. Jika segala aktiviti anda dapat diterangkan oleh komponen dalam salah satu diagram di atas, ia menunjukkan bahawa model itulah yang benar dan sesuai dijadikan panduan.
Contoh aktiviti yang anda boleh fikirkan:
- Orang gila yang tersenyum
- Orang Islam yang solat tetapi tidak mencari nafkah
- Orang Islam yang berniaga tetapi tidak untung-untung
- Orang bukan Islam yang berniaga tetapi banyak untung
- Bayi yang menyusu dari ibunya
- Kanak-kanak yang sukakan barang permainan
- Cucu yang menyayangi neneknya
- Suami yang mencintai isterinya
- Ibu yang membersihkan najis pada anaknya selepas buang air besar.
- Orang Islam yang solat serta kuat semangatnya dalam pekerjaan
Begitulah beberapa aktiviti yang perlu anda lihat dan perhatikan dengan persoalan: apakah elemen yang terlibat dan manakah elemen yang tidak atau kurang terlibat dalam model di atas? Jika anda mampu menjawabnya dengan baik menggunakan salah satu model yang ada, model itulah asas kebenaran yang amat kita perlukan sekarang!