Koleksi ST-Gallery

Berikut ialah koleksi artikel dari ST-Gallery.com. Untuk perhatian, excerpt dan artikel tidak bersatu ketika proses import. Diharap pembaca dapat bersabar untuk urusan teknikal untuk memastikan artikel penuh ketika anda klik sesuatu tajuk. Jika anda dapati sebarang artikel tidak penuh, sila maklumkan kepada kami. Terima kasih

Koleksi al-MuntalaqKoleksi ST-Gallery

Kita dan mereka tak sama…

Saya sempat membelek buku yang ditulis oleh Kandahlawi berkenaan dengan kisah sahabat. Kisah sahabat Nabi pastinya akan memberi kesan atau refleks kepada Nabi junjungan itu sendiri. Apabila dibacakan adegan kehidupan mereka, memang benarlah kata-kata Nabi bahawa amal kita ini amat kecil berbanding amal mereka ketika zaman Nabi. Ujian untuk mereka itu amat besar. Tidak hairanlah apabila ada di kalangan sahabat yang dianggap 'teruk' pada zaman kita namun Allah sudah sedia 'membersihkan' mereka lantaran ada di kalangannya menjadi ahli Badar. Bukan mudah untuk menjadi ahli Badar dalam kegawatan mempertahankan akidah.

Read More
POTENSIKoleksi ST-Gallery

Solusi Kepada Tadsiah (Mengotori Jiwa);Sarana Untuk Mendapatkan Sukses

Manusia yang hidup pada zaman era millennium ini semakin hari semakin ‘terhimpit’ dengan pelbagai perkara. Sebagai contoh, kehidupan berkerja; bermula dari jam 8 hingga 5 petang, mampu mendatangkan tekanan atau ‘stress’ yang amat dahsyat. Jika kita pula seorang pendidik, tekanan yang mungkin diterima ialah karenah pentadbiran, murid/ pelajar, kalangan guru sendiri dan pelbagai lagi. Jika kita sebagai mahasiswa/I, sudah pasti akan mengalami ‘stress’ yang banyak; siapkan assignment, kuliah, tutorial, kelas tambahan, mesyuarat kelab/ persatuan dan sebagainya. Akhirnya, akibat dari tekanan atau stress yang diterima itu telah melahirkan beberapa penyakit di dalam diri manusia. Lantas membuatkan manusia itu semakin ‘sakit’dan akhirnya menuju kepada Khaib (gagal).

Read More