Pengurusan Masa – selesaikan PIE dahulu
Ramai yang tidak pasti atau jelas teknik pengurusan masa. Ada yang mengikuti seminar pelbagai tetapi masih tidak mampu menguruskan masa dengan baik. Apakah masa? Dalam bahasa Arab , masa ialah as-sa'ah. Apabila ditanya kepada Nabi Muhammad, dijawab baginda, 'tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya.' Tetapi yang Rasul tahu ialah Islam, Iman dan Ihsan. Kalau masa ialah dimensi ke-4, selesaikan dimensi 1,2 dan 3 dahulu. Barulah masa dapat diuruskan dengan baik.Ini disebabkan beberapa persoalan boleh diajukan pada konsep pengurusan masa yang anda gunakan sekarang:
- Sudah diurus dengan baik?
- Anda mampu bertindak multitasking?
- Kalau tidak diuruskan dengan baik tentu elemen PIE tidak difahami, ditekuni atau diamalkan dengan benar.
- Kalau anda sudah merasakan ‘masa diurus dengan baik’, cuba tanyakan: sudah pastikan masa itu diisi dengan tindakan yang menyediakan diri kita ke arah as-sa-ah? Jika belum, anda mungkin tertipu dengan masa yang anda uruskan. Ia mungkin belum diuruskan dengan baik. Hanya anda sahaja yang merasakan ia diurus sehingga anda mampu menyelesaikan banyak perkara.
- Subhanallah! Itulah sebabnya manusia dianggap rugi kecuali yang memenuhi ciri dalam surah al-‘Asr?
(bersambung)
*konsep ini diperoleh, Alhamdulillah, semasa menyampaikan latihan kepada Kelab Insaniah, Kolej PolyTech MARA, Bangi
