Menilai dari perspektif Spiritual (S)


Apabila kita menilai secara fizikal, kita akan keletihan.

“Apa yang kau pakai sekarang?” itu adalah pertanyaan individu P.

“Mercedes”

“Mata belalang, Kompressor?”

“Kompressor je, dua pintu.”

“Best tu, kau tambah sport rim?”

…..

Individu yang berbalas cakap akan kagum, tetapi kagum pada perkara fizikal membuka peluang untuk diri menjadi cemburu atau jika S terkawal, ia bersyukur kawannya menggunakan kenderaan yang bagus. Tanpa S, hati akan rasa tidak selesa, cemburu atau berusaha untuk mendapatkan lebih baik – mewujudka stres dalam kehidupan.

Apabila kita menilai secara I, kita akan bertanya,

“Kau grad dari mana? Degree? Ada phD?”

“Berapa CGPA sekarang? Kau dapat dalam exam lepas?”

Apabila datang penceramah, “dia dari mana? Mesir? US? Atau Malaysia”

Dialog berasaskan I semata-mata tidak selesai di situ sahaja. Ia akan menambahkan kekaguman atau merendahkan seseorang jika tidak disertai S.

Apabila kita menilai secara E,

“Seronok le dengar ceramah dia.”

“Seronok le berborak dengan dia.”

“Best le ke program tu.”

3d doctorSi pendengar seorang lagi akan rasa kecewa, atau mungkin iri hati kerana ‘dirasakan’ dirinya tidak menyeronokkan atau menarik. Atau kalau dia tidak ke program yang sama, dia akan rasa rendah diri atau terasa kurang melampau-lampau. Maka apakah kesannya? Rasa tidak selesa dengan penyataan si kawan itu tadi.

Tetapi dengan S, semua yang diucapkan tadi diikuti dengan pujian kepada Yang Berkuasa dan dibalas dengan contoh dari Junjungan Nabi. Bagaimana?

“Masha-allah, bagus kau pakai Mercedes nie. Doa le aku dapat pakai juga ye.”

“Alhamdulillah kau dah dapat PhD.”

“Subhanallah. Memang menarik borak dengan dia kan? Tentu dia nie banyak ilmu dan suka memahami orang lain. Aku nak belajar le teknik tu.”

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

(HR. Bukhari dan Muslim)

Itulah nasihat dan contoh dari Nabi. Tanpa S, semua dialog di atas mungkin merosakkan si individu yang bercakap atau mendengar. Dengan S, semuanya menjadi peluang untuk melonjakkan kejayaan diri dan orang sekeliling.

Artikel ini ialah sebahagian daripada konsep dan latihan dalam program Master PIES (physical, intellectual, emotional & spiritual). Jika anda berminat mengetahui lanjut, sila email kepada info@masterpies.com

Facebook Comments:

2 Comments

  1. Wan Ahmad Wan Khalil says:

    Setelah membaca artikel ini baru terfikir betapa pentingnya menjaga aspek S dan E untuk menjamin keberkekalan hubungan sesama manusia. Bukan sahaja kita mampu mempositifkan diri sendiri, malah, dapat mempositifkan diri orang lain.

    Akhi, ada sedikit persoalan, bagaimanakan dengan pendapat, orang yang kuat berlagak dan tak dengar nasihat ini hanya dapat ditundukkan dengan berlagak juga.

    • al-muntalaq says:

      Allahu a’lam.

      Sebelum tengok jawapannya, adalah lebih baik lihat definisi berlagak tersebut. Kalau berlagak dalam perspektif P, kita menunjukkan hentakan atas meja atau objek yang mahal-mahal. Kalau berlagak dari segi intelek, kita tunjukkan bukti kepandaian kita. Kalau berlagak emosi, kita tunjukkan pengaruh yang kita ada atau apa-apa sahaja kelebihan dalam diri kita. Namun semua aspek PIE ini adalah menunjukkan takbur. Ia tidak dibenarkan oleh Allah.

      Adakah berlagak dalam S? Berlagak dalam S ialah ‘izzah’ – antara istilah yang menyatakan bangga tetapi bukan kerana kehebatan kita, tetapi kerana kehebatan Allah.

      Ketika Rasul dan sahabat masuk Fath Mekah, mereka menampakkan tubuh sasa mereka dengan memakai ihram yang tidak menutup sebahagian anggota mereka untuk menunjukkan kekuatan umat Islam. Ia dilaksanakan untuk menampakkan izzah-nya Islam dan bukan untuk memperkecilkan orang Mekah waktu itu kerana kelebihan diri mereka sendiri. Atas dasar itu, mereka tidak memuji diri sendiri tetapi memuji Allah ketika masuk Fathu Mekah.

      Lantas, adakah dibenarkah balas berlagak dengan berlagak? Jika kita membalas dengan menunjukkan izzah Islam tidak mengapa. Namun jangan dibalas dengan merasakan diri kuat . Ini akan menyebabkan silap niat ikhlas kita dan ittiba’ Rasul – 2 aspek yang penting dalam menguatkan S. Tip untuk memastikan ketika kita ‘berlagak’ tersebut tidak hilang, pastikan kita sntiasa berdoa untuk diri kita dan individu yang kita tunjukkan ‘lagak’ tersebut agar ia kembali kepada Allah dan Rasul. Kalau tidak boleh dibalas berlagak, pasti Rasul tidak mengizinkan sahabat menampakkan ‘kesasaan’ tubuh mereka dalam peristiwa Fathu Mekah. Bukan kerana diri kuat, tetapi Allah-lah Yang Maha Perkasa

Leave a Reply

Read previous post:
TwitTarbiah 2009-04-30

kalau di dunia ini ada orang yang tak nak maafkan, jangan lupa kemaafan dan keampunan Allah lebih besar... #

Close