Ingat pelitup muka, ingat 2020

Halaman 24
QS 2:155-157

Ujian daripada Allah SWT dengan pelbagai situasi.

Allah pasti menguji kita dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.

Ujian pada tahun 2020, kita diuji dengan virus Covid-19.

Penggunaan kalimah (وَلَنَبۡلُوَنَّكُم ) , fe’el mudhori’. Membawa maksud selagi kita hidup, Allah akan uji dan uji kita sepanjang masa dengan 5 perkara tadi.

Tambahan pula dengan kalimah (بِشَيۡءٖ) , iaitu ujian yang sekecil-kecilnya dari pelbagai arah.

Terdapat khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar. Jika kita betul-betul ingin bersama dengan Allah, sifirnya kita perlu sabar.

Allah memberi panduan dalam ayat 156 ini berkenaan bagaimana untuk jadi orang-orang yang sabar.

Orang yang sabar apabila datangnya ujian dari kelima-lima perkara tadi dia berkata,

(إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ) . Dia bukan sekadar cakap akan tetapi dalam hatinya itu betul-betul menyatakan semua ini hanyalah milik Allah.
Mindset (إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ)

ini amat penting kerana kita yakin bahawasanya semua di dunia ini adalah milik Allah, maka kita akan usaha lakukan yang terbaik. Contohnya, tahun 2020 ini kita diuji dengan Covid-19, kita yakin bahawa ia adalah ujian dari Allah dan segala-galanya datang dari Allah, maka kita usaha jaga diri kita dengan pakai pelitup muka sebagai salah satu usaha yang terbaik kerana kepada Allah jualah kita kembali dan berserah.
Apabila mindset ini betul, maka Allah kurniakan kepada kita tiga hadiah. Pertama, Allah beri selawat kepada kita. Kedua, kasih sayang dari Allah (Rahmat). Ketiga, Allah nak beri kita petunjuk atau hidayah.

Allah bagi kita ujian, bukan tanda Allah tidak mengasihi kita. Allah juga berikan ujian kepada para Rasul dan Nabi-Nabi kerana Allah ingin berikan hidayah demi hidayah, istiqomah sampai ke syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mahu mangga atau biji mangga?

Halaman 23 Surah al-Baqarah QS 2:152-153 Kalimah (فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ ) (وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ) (بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ ) Ingat semula tentang

Close