Bumi ini kecil

Tulisan seorang peserta: Saya merasakan bumi ini sangat kecil. Perjalanan saya ke Niagara Fall, NY, US hujung minggu ini, membolehkan saya bertemu anak Malaysia dan anak Pulau Pinang yang secara specifiknya dari negeri kelahiran saya sendiri. Saya berfikir, sejauh-jauh tempat yang saya pergi, berjumpa juga dengan orang senegeri.

Bukankah itu satu petanda bahawa dunia ini sangat kecil? Jika direnungkan kembali, kita sebagai manusia yang bertebaran merata-rata di atas muka bumi ini, selepas mati pasti akan berjumpa kembali kepadaNya. Ini membuktikan bahawa sekecil-kecil dunia, akan bertemu jua di akhirat kelak. Moga kita sebagai manusia akan sentiasa diredhai dan dirahmatiNya.InsyaAllah.

Komen Instruktor: Pengalaman begini banyak berlaku. Namun yang menjadikan pengalaman ini lebih dramatik, ialah apabila ia berlaku kepada diri kita sendiri. Ia akan ‘menyentak’ kita. Itulah kesan aspek emosi (E) dalam kehidupan. Kalau sekadar teori – sebagaimana kita baca di atas, ia tidak menarik mana. Namun aspek E menjadi akses kepada menghargai spiritual.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-06-28

building follow up program for masterpies. may alah grant us the strength # arrived Los Angeles safely alhamdulillah. know more

Close