Binalah idealisme sebelum ia tercalar

Idealisme sering dicemuh kerana mengutamakan ideal. Sempurna atau bersifat teori. Idealisme sering dikaitkan dengan golongan muda. Idealisme dianggap tidak praktikal. Lantas, apa lawan idealisme? Kalau idealisme tidak disenangi, maka lawannya praktikal? Apakah yang praktikal? Itu berbalik kepada siapa yang mendefinisikan. Cuma saya ingin menyentuh tajuk ini selepas balik dari US, Kanada dan Jepun kerana ramai pelajar yang saya temui sedang atau sudah membina idealisme. Patutkah dan ke manakah ia akan pergi ?

Apa yang saya makin jelas apabila saya pulang ke Malaysia ialah ada individu yang aktif dengan aktiviti pembaikan yang mula perlahan. Ada juga yang tidak berapa aktif dulu tetapi kini ia sudah menunjukkan kebaikan. Yang pasti, ada satu ciri yang saya nampak amat dominon di kalangan mereka yang tetap bergerak dan menyumbang kepada masyarakat – bukan sahaja meneruskan rutin cari kerja, kahwin dan settle down. Apakah ciri itu?

Ada idealisme perjuangan

Idealisme perjuangan ini dibina dalam diri. Idealisme – walaupun nampaknya menjadi domain intelek, tetapi amat terkait rapat dengan aspek emosi manusia. EMosi semangat positif yang membuak-buak akan mewujudkan idealisme. Individu yang lemah kebijakan emosinya tidak ada idealisme. Mereka hanya menggunakan idealisme orang lain dan diulang cetak dalam diri. Kebanggaan dalam dirinya kerana telah dicetak oleh idealisme orang lain. Namun bagi saya, idealisme perlu dibina sendiri – beradasarkan rujuk pada Quran dan Sunnah.

Apakah sifat individu yang mereplikasikan idealisme orang lain?

  1. Amat terikat dengan kaedah orang lain
  2. Amat suka kalau dapat hafaz idealisme orang lain , tetapi idealisme sendiri tidak dibina
  3. Tidak belajar ilmu usool. Kalau belajar pun, ia hanya terhenti pada hafazan, bukan untuk dikaji dan mengeluarkan idea segar.
  4. Suka bersama kawan dalam melaksanakan sesuatu perkara secara ramai. Apabila bersendirian, diri tidak produktif atau amal harian tidak dijaga baik.

Begitulah antara beberapa ciri individu yang menumpang idealisme orang lain.

Perlukah semua ada idealisme ?

Tidak dan ya . Tidak kerana tidak semua mempunyai kemahiran berfikir dan membina semangat utuh. Ya, kerana paling kurang setiap individu boleh ‘recycle’ idealisme orang lain dengan perspektif dan acuan sendiri – walaupun dalam magnitud lebih rendah.

Cabaran pada zaman ini ialah apabila idealisme hilang, maka bergantilah hidup seorang individu dengan rutin cari kerja, kahwin dan settle down. Individu yang melalui rutin begini amat rendah produktivitinya. Jiwa tidak kritikal mencari petunjuk dari al-Quran. Ia cukup dengan amalan zikir satu atau dua ayat, padahal banyak zikir doa lagi yang perlu dicari untuk menampung kehidupan seharian yang banyak cabaran.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk membina kefahaman yang mewujudkan idealisme syumul berasaskan Islam lantas mampu menyumbang kepada masyarakat.

Facebook Comments:

One thought on “Binalah idealisme sebelum ia tercalar

  • January 21, 2010 at 9:14 am
    Permalink

    Di sini lah saya melihat 3 faktor penting dalam membentuk peribadi seorang penggerak:

    1. Tertib
    – di mana kekuatan aqidah perlu diterapkan terlebih dahulu. Amal perlu diperkasakan dan kekuatan mental perlu diterapkan sama (melalui tamrin dan sebagainya). Idealisme dibentuk sepanjang jalan melalui pengalaman dan pembelajaran.

    2. Guru
    – tidak sah belajar tanpa berguru. Mempunyai role model tidak cukup jika ia bermakna hanya memandang dari jauh tanpa punya interaksi. Seorang mentor, itulah yg lebih utama.

    3. Sahabat
    – pasti akan ada masanya seorang penggerak itu bermasalah, menghadapi tekanan, dan pelbagai bentuk ujian. Strong support daripada sahabat yang memahami akan membantu beliau untuk kekal dalam gerakan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-12-27

sahabat berubah kerana mendapat hidayah. ini statement S. bagaimana statement PIE? insha-allah akan dibahaskan dalam program di Jepun .. #

Close