Siapkan umat Islam dengan PEMIKIRAN mantap!


Inilah persoalan yang ditanyakan oleh eramuslim.com dan dijawab oleh Prof KHDH:

Menghadapi gerakan pemikiran yang kencang dari Barat, kelihatannya umat ini tak siap. Bagaimana menurut Anda?

Saya kira kita harus mempersiapkan diri. Sebenarnya umat Islam telah mempersiapkan diri, hanya saja itu belum kelihatan, dan itu harus serius. Soal pemikiran itu harus serius. Masalahnya kita ini sering asal-asalan terhadap program yang kita lakukan.

Mengapa aspek pemikiran ditekankan? Kerana peperangan yang dilaksanakan sekarang bukan sekadar dalam bentuk fizikal tetapi perang pemikiran yang dibina dan disusun dengan rapi. Jadi untuk menghadapi peperangan ini, perlukan kepada persediaan ilmu dan cara berfikir yang tepat.

“Saya kira kita tidak bisa menghadapi pemikiran seperti itu secara emosional tetapi harus secara mendalam, pemikiran dilawan dengan pemikiran. Kita diperintahkan berjihad seperti itu. Jadi hadapilah dengan ghazul fikri-ghazulfikri, budaya dengan budaya, tulisan dengan tulisan. Lalu dengan gerakan-gerakan keIslaman bisa lebih menukik mereka menulis, membaca, menggali, khazanah-khazanah keilmuan yang telah di pelopori para ulama yang terdahulu karena mereka juga luar biasa jasanya.”

Jika umat Islam masih terbelenggu dengan ilmu yang dangkal, ini pasti akan menyebabkan kita tidak mampu untuk berperang dengan pihak lain padahal ciri pemikiran ini bukanlah berdiri dengan sendiri. Bagi umat Islam, pemikiran melambangkan ketahanan dan kekuatan akaidah yang dibina secara mendasar. Inilah yang menyebabkan tentera pada zaman Rasul bertambah imannya apabila melihat gerombolan tentera besar lawan – bukannya menjadi kecut dan menarik diri daripada perjuangan!

Related posts:

  1. Fikir Antara Dua?Kita Umat Wasatan
  2. fITNAH iSLAM
  3. Mahasiswa Perlu Mengambil Islam Sebagai Cara Hidup
  4. Kecerdasan Spiritual Menurut Kaca Mata Islam
  5. Islam: Sistem Yang Mengekalkan Universal Values Manusia Sejagat

Facebook Comments:

Leave a Comment

More in Koleksi ST-Gallery, Sistemik (36 of 268 articles)