Umum

Manik Mutiara 1

  
Sebelum manik-manik mutiara kata menjadi untaian bicara yang indah bermadah, izinkan saya memetik apakah punca atau asbab ayat ini di turunkan.
          Menurut Al-Qurtubi didalam kitabnya Al-Jamik Lil Akhamil Quran:
Ayat ini merupakan ikrar Allah S.W.T terhadap kebenaran Al-Quran di waktu golongan Yahudi dan Nasrani bertelingkah terhadap masalah ketuhanan dan kerasulan.
           Masing-masing mendakwa bahawa kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi mereka iaitu Taurat dan Injil , itulah yang paling tepat dan benar.
Lantas turunnya ayat di atas bagi membatalkan dakwaan mereka terhadap kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum Al-Quran yang sudah pasti banyak ditokok tambah dan diubahsuai.
           Di dalam ayat ini , terdapat dua mesej yang hendak disampaikan ;
♦ Mesej yang pertama ialah :
           Al-Quran menurut takrif yang diberikan oleh Imam As-Sayyid Qutub di dalam kitabnya, Tafsir Fi Zilali Quran ;
Al-Quran merupakan kalam Allah yang mengandungi mukjizat , diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibrail A.S.
Ia di turunkan di Gua Hirak pada malam Lailatul Qadar,  17 Ramadhan tahun permata kerasulannya.
           Penurunan Al-Quran secara berperingkat iaitu selama 23 tahun , dimana 13 tahun di Mekah dan 10 tahun pula di Madinah.
           Manakala Imam As-Sayyuti di dalam tafsirnya Al-Jalalain menegaskan bahawa ;
Al-Quran mengakui kebenaran yang terkandung di dalam kitab yang terdahulu dan mendedahkan perubahan atau tokok tambah yang di lakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.
           Ini dibuktikan dan dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam
Surah An-Nisa’ ,ayat 46 :
  من الذين هادوا يحرفون الكلم عن موضعه
              Ertinya : Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah
               Dan menukar kalam Allah(isi kitab Taurat)
               Dari tempat dan maksud yang sebenarnya.
 Semua ini di tegaskan oleh Allah di dalam Surah Al-Maidah yang berbunyi :
 وأنزلنا إعليك الكتاب بالحق مصدقا لما بين يديه من الكناب ومهيمنا عليه
Ertinya : Dan Kami telah menurunkan kepadamu Muhammad
               ( Al-Quran ) denagn membawa kebenaran dan
               membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya serta
               mengawal dan memeliharanya.
♦ Mesej yang kedua :
              Adalah berkenaan dengan tugas Al-Quranyang membawa perkhabaran genbira kepada golongan yang melakukan amal soleh dan ganjaran pahala yang besar dan dijanjikan syurga di akhirat nanti .
Firman Allah S.W.T  di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 25 :
 وبشر الذين ءامنوا وعملوا الصلحت أن لهم جنت تجرى من تجتها الأنهر
Ertinya : Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang
               Beriman dan yang beramal soleh, sesungguhnya mereka
               Beroleh syurga yang mengalir di bawahnya bebrapa
               Batang sungai.
           Al-Quran merupakan sebuah DUSTUR atau perlembagaan yang memberi petunjuk yang paling tepat dan terjamin tidak akan terubah isi kandungannya sebagaiamana Firman Allah S.W.T :
إنا نحن نزلنا الذكر وإناله لحافطون
  Ertinya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran
               Dan Kamilah jua yang menjaganya dari berlaku
               Sebarang pindaan dan perubahan .
           Kenyataan ini ditegaskan lagi dengan pandapat Al-Sheikh Mahmud Al-Shatut di dalam penulisannya Al-Quran Al-Karim :
  Sesiapa yang mencari kebnaran Illahi yang sebenar , ia telahpun terhimpun di dalam Al-Quran yang merupakan sebuah kitab suci yang terpelihara keasliannya ,serta ajaran-ajaran di dalamnya terselamat daripada sebarang pindaan , perubahan atau tokok tambah . 
           
Ini adalah bertepatan dengan Firman Allah S.W.T di awal Surah Al-Baqarah :
الم (1) ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين (2)
  Ertinya : Alif Laam Miim,
               Kitab ini tidak ada sebarang syak padanya dan menjadi
               Petunjuk kepada orang yang bertaqwa.
Di sini ingin saya buktikan bahawa Al-Quran merupakan sebuah kitab yang paling lurus kepada agama Islam :
  1) Imam Ibnu Kathir menjelaskan hal tersebut di dalam kitabnya tafsir Ibnu Kathir bahawa ;
           Segala yang diperlukan oleh manusia sama ada yang meliputi soal aqidah dah kepercayaan , ibadah , muamalah dan akhlak telahpun diperjelaskan oleh Al-Quran dengan sebaik-baiknya .
  2) Al-Quran juga menjelaskan tipu daya dan propaganda yang   telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam zaman umat yang terdahulu serta menunjukkan jalan yang selamat untuk hidup di dunia dan di akhirat.
3) AL-Quran mengandungi dasar-dasar yang suci dan mulia untuk diikuti serta sesuai pada setiap masa dan keadaan yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh kehebatan manusia yang mendakwa bahawa Al-Quran sebagai sebuah rekaan Muhammad dan para pengikutnya .
           Allah Taala sendiri telah mencabar sesiapa sahaja yang masih meragui kebenran Al-Quran dengan menyuruh mereka mencipta satu surah yang standing dengan Al-Quran di dalam FirmanNya ,Surah Al-Baqarah , ayat 23 ;  
 وإن كنتم في ريب من مانزلنا على عبدينا فأتوأ بسورة من مثلهوادعوا
شهدأكم من دون الله إن كنتم صادقين
  Ertinya : Dan jika sekiranya kamu masih ragu-ragu terhadap
               Al-Quran yang Kami turunkan kepada hamba Kami
               Muhammad, maka cubalah buat satu surah yang
               Setanding dengan Al-Quran , panggillah
               Penolong-penolong kamu selain daripada Allah,
               Jika kamu dari golongan orang-orang yang benar.


 

           Bahkan , didalam Al-Quran terdapat perkhabaran yang mengembirakan kepada orang-orang yang melakukan amal soleh seperti balasan dan nikmat yang bakal mereka terima di dalam syurga nanti diantaranya ialah :
1)      Firman Allah didalam Surah Al-Ihsan :
إن الأبرار يشربون من كاس كان مزاخها                                                                        
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang berbakti dengan
               Melakukan amal kebajikan , akan meminum
               Sejenis minuman di dalam syurga yang dicampur
               Dengan kafur.
2)      Surah yang sama, ayat 12-13 :
 وجزاهم بما صبروا جنة وحريرا (12) متكْين فيها شمسا ولا زمهريرا (13)
  Ertinya : Dan dengan kesabaran mereka yang melakukan
               Suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya ,
               Mereka dibalas dengan syurga dan persalinan
               Sutera . Mereka berehat di dalam syurga di atas
               Singgahsana yang dihiasa cantik. Mereka tidak
               Nampak matahari cahaya hawa panasnya ,
                Dan tidak juga merasa suasana yang sangat sejuk .
Pengajaran ayat yang dapat disimpulakan didalam ayat di atas ialah :
1)      Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang terkandung di dalamnya      segala keperluan manusia seperti soal aqidah, ibadah, akhlak, muamalah dan lain-lain .
2)      Tugas Al-Quran antara lain ialah menjadi petunjuk yang paling luurs khhususnya kepada agama Islam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekufuran kepada Nurul Iman.

3)    Pelbagai bentuk nikmat telah dijanjikan oleh Allah kepada sesiapa yang melakukan amal kebajikan di dunia mahupun di akhirat nanti .

tulisan nur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kalau banyak sangat ilmu, tak susah ke?

Kalau banyak sangat ilmu dan konsep yang diketahui, tidak menyusahkan? Sebenarnya semua ilmu dan konsep itu perlu dijurus kepada satu...

Close