Manik Mutiara 2

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang-orang kafir sebagai “aulia”selain daripada orang-orang mukmin. Adakah kamu hendak menjadikan Allah sebagai alasan yang terang untuk menyeksa kamu?”

Sebelum saya mengupas ayat yang dibacakan tadi , izinkan saya untuk menjelasakan sebab turunnya ayat di atas .
Menurut Ibnu Al-kathir di dalam kitabnya Ibnu Al-Kathir , ayat tersebut diturunkan kepada orang-orang Islam yang mempercayai orang-orang munafik yang berpura-pura beriman sedangkan mereka itu kafir pada batinnya. Umat Islam di Madinah ketika itu amat kagum dengan bentuk ibadah yang dilakukan secara bersungguh-sungguh sehinggkan Umat Islam ingin mengangkat mereka sebagai pemimpin atau sebagai teman yang bolah dipercayai. Lantas, ayat ini diturunkan sebagai amaran kepada umat Islam.
Ingin saya jelaskan di sini maksud sebenar perkataan
“ aulia “ di dalam ayat di atas.
v Di dalam mu’jam al-wasit, ia bermaksud pemimpin atau pemerintah yang dilantik kerana kriteria tertentu.
v Manakala takrifan yang diberikan oleh Ibnu Al-Khaldun di dalam kitab masyhurnya “Al-Muqaddimah”, ia membawa maksud pemimpin atau ketua yang diberikan kepercayaan untuk di berikan amanah dan tanggungjawab.
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa Surah An-Nisa ayat 144 ini merupakan satu larangan dan tegahan kepada umat Islam agar jangan mengambil orang-orang kafir sebagai teman yang boleh dipercayai atau sebagai pemimpin.
Jika ditinjau di dalam aspek siasah Islamiah menganjurkan supaya umat Islam diperintah dan dipimpin oleh umat Islam juga kerana beberapa asbab :-
  • Orang-orang kafir tidak menjalankan hukum Allah didalam kehidupan mereka. Mana mungkin hukum Allah dapat ditegakkan sedangkan roh Islam tidak langsung wujud didalam hati mereka. Pujangga Arab ada mengatakan :-
( فاقد شي لا يعصلى )
Ertinya : Orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak mempunyai
Tidak mampu untuk memberi atau menunaikan
Permintaan orang lain.
  • Sistem siasah Islamiah diasaskan menurut Al-Quran seperti soal aqidah , syariah , syariat dan akhlak.

Ø Disamping itu, soal sumber perundangan mesti berdasarkan Al-Quran , Al-Hadis, Ijmak

Ulamak, Qias dan lain-lain.

Ø Seandainya pemimpin yang dilantik daripada golongan kafir, sudah tentu apa yang dijelaskan sebentar tadi menjadi sia-sia.
  • Maslahah umat Islam akan menjadi terabai dan ini akan melahirkan masyarat yang tidak bertunjang kepada Iman yang padu dan jitu.
Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi kepada masyarakat kita seandainya pemimpin “kuffar” dipilih?
Umat Islam akan terabai kemaslahatannya.
Impak kepada masyarakat , akan wujud masalah social seperti keruntuhan akhlak, pergaulan bebas, zina, judi, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain.
Semua ini tidak lain kerana penyemaian iman dan penyebaran kefahaman Islam langsung tiada.
Jika ditinjau dari sudut agama, pemimpin daripada golongan kafir ini akan mengamalkan satu prinsip memisahkan agama dan urusan dunia atau dengan kata lain fahaman secular akan wujud.
Agama dilihat sebagai candu masyarakat dan urusan agama akan menjadi masalah peribadi.
Agama akan dilihat sebagai punca kemunduran dan kelemahan sesuatu bangsa.
Apatah lagi,agama Islam sememangnya menjadi ‘target’ golongan kafirin untuk dihancurkan. Sebagai contoh, seranagan atau lebih tepat dikatakan sebagai pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan Afghanistan adalah factor agama.
Jika sedemikian, bagaimanakah kita hendak merialisasikan Sabda Rasulullah S.A.W :
( اللإسلم يعلى ولا يعلى عليه )
Ertinya : Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Seandainya umat Islam dipinggirkan dan golongan kafirin yang diberi keutamaan di dalam soal kepimpinan, nescaya mereka akan cuba menggubal dasar ekonomi yang mementingkan kebendaaan dan material semata-mata.
v Keuntungan akan menjadi matlamat utama meraka tanpa menghiraukan soal halal-haram, kasih-sayang, tolong-menolong dan lain-lain nilai murni yang dianjurkan oleh Islam.

 

Riba yang dianggap sebagai “injin kemajuan’ akan dihalalkan perlaksanaannya. Penipuan dan penindasan akan wujud, tidak kurang juga dengan rasuah.
Ini terjadi disebabkan oleh kebendaan dan habuan dunia yang menjadi matlamat.Ini bercanggah dengan Firman Allah :
( وأحل الله البيع وحرم الربوا )
Ertinya : Dan Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba.
Ini juga berlawanan dengan amaran Rasulullah S.A.W :
( الراشي والمترشي فى النار )
Ertinya : Pemberi rasuah dan penerima rasuah tempat mereka di neraka.
Sememangnya golongan kafir itu diciptakan Allah dengan kelebihan mereka tersendiri. Ini dijelaskan oleh Allah S.W.T :
وإذا رأيتهم تعجبك أجسامهم وإن يقولوا تسمع لقولهم ( سورة المنافقون : 4 )
Ertinya : Jika kamu melihat mereka ( golongan kafir ) kamu akan
Kagum dengan bentuk badan mereka, dan kamu akan
Mendengar kata-kata mereka.
Namun begitu, Allah telah memberi peringatan dan panduan kepada kita ketika berhadapan dengan dolongan tersebut .
Firman Allah S.W.T yang berbunyi :
بسمالله الرحمن الرحيم
قل ياأيها الكافرون (1) لا أعبدما تعبدون (2)
ولا أنتم عبدون مأعبد (3) ولا أنا عابدون ما عبدتم (4)
ولا أنتم عبدون مأعبد (5) لكم دنيكم ولى دين (6)
Ertinya : Katakanlah wahai Muhammad!
“ Aku tidak sembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak sembah apa yang Aku sembah.
Dan Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.
Kamu dengan agama dan (cara) kamu,
Aku dengan Agamaku dengan (cara)ku.

 

Oleh yang sedemikian, hindarilah daripada memilih atau melantik pemimpin daripada golongan yang menjurus kea rah corak pentadbiran yang sebegitu.
Kajilah Prinsip Perlembagaan Islam yang mengutamakan institusi  SYURA ‘ serta mengutamakan golongan ulamak sebagai Umarah, Keadilan, Kebebasan, Al-Quran sebagai rujukan dan lain-lain.
Ayuhlah kita kembali kepada anjuran Al-Quran dan Al-Hadis dalam perihal urusan kita yang mencakupi segenap sudut. Nescaya kita akan berjaya.
Sabda Rasulullah S.A.W :
تركت فيكم ألمرين لن تضلوا مإن تمسكتم بهما أبدا كتاب الله وسناتى
Ertinya : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.
Kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selama kamu
Berpegang kepada keduanya, Al-Quran dan Sunnahku.
Agama indah agama Islam,
Tetapi dicemuh kaum kuffar,
Bangkitlah duhai umat Islam,
Sama-sama hancurkan kaum kuffar!
Menang-menang Isalam,
Hancur-hancur kuffar.
tulisan nur

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Manik Mutiara 1

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang peling lurus dan menyampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal...

Close