3 Peristiwa di Janda Baik


Pada 31 Ogos dan 1 Sept 2012, saya berada di Janda Baik. Sekitar 24 jam saya berada di sana, tetapi ada 3 peristiwa penting yang menjelaskan apa yang perlu saya buat selepas ini, Insha-Allah.

Peristiwa pertama ialah setibanya saya di masjid Kampung Janda Baik, saya lantas solat. Kerana lambat, saya solat zuhur dan asar padahal yang lain sudah selesai solat Jumaat. Sehabis saya solat, saya bertemu dengan tokoh yang selama ini saya nampak di kaca TV atau billboard sahaja: Ustaz Daud Che Ngah. Orangnya amat ceria. Lagaknya seperti dia kenal amat dengan saya, padahal inilah kali pertama saya bertemunya. Walaupun kali pertama, ini bukan kali pertama saya berinteraksi dengan Andalusia Travel, salah seorang kuatnya ialah Ustaz Daud Che Ngah sendiri. Malah umrah saya juga adalah tiket percuma dari Andalusia sendiri – kerana memerlukan khidmat saya di sana.

Sejenak saya berfikir selepas saya pulang dari Janda Baik: “saya berinteraksi dan memberi manfaat kepada Andalusia bukan kerana saya ustaz. Kalau harapkan ustaz, Ustaz Daud Che Ngah lebih hebat. Saya seorang trainer.”

Peristiwa 2

Selepas itu, saya bergerak ke as-Sakeenah Resort untuk menjadi moderator dan fasilitator bagi satu program bersama para ustaz. Saya akan membentangkan modul Model Dakwah. Ada Ustaz Asri yang saya segani dan beberapa ustaz lain. Setibanya di jambatan as-Sakeenah Resort, saya terserempak dengan individu hebat, Prof Abdullah Hassan dengan senyum manisnya dan kain pelikat – bersama Tengku Kecil.

“Maaf, saya tidak kenal tuan.”
“Tak pe. Saya Fazrul Ismail. ┬áBoleh saya tahu di mana rumah Prof?”

“Oh dekat sahaja. Datanglah.”

Saya berazam untuk datang juga. Saya sangkakan rumah Prof jauh.

Jam 3.00 petang program bermula.

Petang itu, Ustaz Asri dan ustaz lain berendam dalam sungai. Saya keluar dari as-Sakeenah Resort untuk misi seterusnya: mencari rumah Puan Ainon.

Saya berfikir sejenak selepas balik dari Janda Baik: saya bermanfaat di as-Sakeenah Resort bukan kerana saya ustaz. Ustaz Asri lebih tinggi ilmunya di samping ustaz-ustaz lain yang terkenal. Ada Ustaz Hussain Yee yang saya segani. Saya diperlukan kerana saya boleh menguruskan latihan dan bengkel. Saya trainer.”

Peristiwa 3

Saya menghubungi Tuan Yusry yang kebetulan ada di rumah Puan Ainon. Saya mohon beliau untuk menunjuk arah ke rumah Puan Ainon. Memang tidak jauh.

Setibanya di sana, saya bertemu Tuan Syed Faiz. Rumah Puan Ainon ringkas. Puan Ainon menyambut mesra. Pelbagai topik dibicarakan. Panjang perbincangan dan perkongsian sambil menjamah ikan besar segar yang distim bersama telur dadar dan nasi panas. Memang menyelerakan. Kerana setting rumah yang ‘open’, saya tidak kekok untuk menambah nasi dan lauk.

Setibanya Maghrib, saya memohon diri.

“Puan Ainon, boleh beri nasihat sebelum saya pulang?”

Senyum Puan Ainon, lantas terus mengeluarkan kata, “Saudara ingin jadi ustaz atau trainer di Facebook? ”

Saya menelan air liur sambil senyum. Ia amat ‘direct’ tetapi saya akui dulu sejak kecil, saya ingin jadi ustaz. Ingin masuk sekolah tahfiz. Tidak kesampaian sampai sekarang. Namun ilmu agama direbut amat galak.

Saya mendengar penerangan lanjut tentang nasihat Puan Ainon yang saya amat segan dengan pengalaman dan ilmu beliau.


Saya tidak memberi respon tetapi terus mengambil nasihat tersebut untuk difikirkan.

Selepas balik dari Janda Baik, saya berfikir “Saya dikenali selama ini dan bermanfaat kerana saya bukan ustaz. Saya perlu fokuskan diri saya untuk menjadi jurulatih yang memberi manfaat kepada ramai manusia. Saya yakin, selepas ini, saya perlu fokus. 3 peristiwa ini akan memerdekakan saya pada 31 Ogos 2012 ini dari kekabutan dan kekusutan. Saya bukan ustaz. Saya seorang trainer yang ingin menyumbang bakti kepada masyarakat seluruh dunia.”

Terima kasih Ustaz Daud Che Ngah, Ustaz Asri dan Puan Ainon kerana menasihati saya dengan suara atau tanpa suara.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Melabur dalam ilmu untuk mengelakkan pembaziran

Saya selesai membaca The Lean Startup oleh Eric Ries. Beliau anak murid Steve Blank dari Stanford University yang mempopularkan idea...

Close