Umum

Tajuk research yang menarik?

berdasarkan pengamatana biasa saya, saya melihat bahawa, mereka yang mempunyai ilmu (IQ) terhadap satu perkara, mampu melahirkan kepercayaan, keimanan atau belief yang tinggi. ini adalah kesan dari penggunaan rasional akal dalam menyelesaikan suatu masalah. namun yang demikian, ilmu yang tinggi tidak bermakna mereka mampu menghayati dengan dalam kerana akal hanyalah menyimpan dan rasional. tetapi amalan (belief) bukanlah berdasarkan kepada akal semata-mata.

 

kini, saya ada dua jenis sampel yang akan saya bersama-sama dengan mereka iaitu

1) pelajar sekolah menengah

2) pelajar universiti

 

rasional mengapa pelajar sekolah; mereka sebenarnya sedang melalui proses pengajaran dan pembelajaran terhadap ilmu untuk melahirkan keyakinan. perbandingan yang saya rangkakan ialah di antara sekolah menengah agama dan sekolah menengah biasa. kedua2 jenis sampel ini akan mampu memperlihatkan jurang perbezaan yang ketara dalam menjelaskan fungsi kecerdasan spirutil mereka ini dalam konteks melahirkan keyakinan dan penghayatan melalui sistem pendidikan di sekolah. produknya ialah mereka yang ada di universiti

 

rasional mengapa pelajar universiti; mereka adalah produk dari sekolah mereka lalu mengaplikasikan atau ada juga yang mereka meningkatkan lagi ilmu mereka terhadap SQ. persoalannya, adakah proses pengajarn dan pembelajaran mereka di sekolah dahulu mampu melahirkan penghayatan dan kefahaman yang benar-benar matang atau separa matang? ini boleh dilihat di universiti.

 

antara tajuk yg saya sedang rangkakan ialah

 

1) Kesan penghayatan dan amalan Islam terhadap kecerdasan spirituil di kalangan pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan

 

2)Perbezaan kesan pengajaran dan pembelajaran (P&P) terhadap kecerdasan spirituil (SQ) di sekolah menengah agama dan  kebangsaan sekitar negeri Selangor

 

masih mencari jalan untuk melihat impak yang lebih besar.

 

saya yakin, saya sdang menjejaki ‘track’ yang mendekatkan saya kepada satu formula yang paling agung dimuka bumi ini; iaitu mencari kebenaran; siapakah aku?

anda ada pandangan atau cadangan? sila berkongsi dengan saya..

 

 

wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Menuju 40 tahun

40 tahun adalah waktu wahyu pertama Nabi. Ada yang menyatakan 'life starts at 40'. Maksudnya, mungkinkah hidup ini tidak bermula...

Close