Menuju 40 tahun
40 tahun adalah waktu wahyu pertama Nabi. Ada yang menyatakan ‘life starts at 40’. Maksudnya, mungkinkah hidup ini tidak bermula lagi kalau seseorang itu tidak mulakan dakwah dengan serius pada tahap umur itu? Fikir-fikirkan…
Menuju 40 tahun
Aku ingin menjadi seorang yang boleh menyumbang dalam masyarakat
Kehadiranku maya sebelum 40 tahun
Sesekali hadir dengan diri yang serba kekurangan ini
Namun 40 tahun aku mahu berjuang habis-habisan
Kuharapkan
Sebelum 40 tahun ini aku belajar erti kehidupan
Belajar erti merendah diri
Belajar untuk mengenal potensi diri
Belajar kekuatan fizikal yang ada
Belajar kekuatan intelek yang ada
Belajar kekuatan emosi yang ada
Belajar kekuatan spiritual yang ada
Masa inilah
28 tahun
Untuk membina dana insan
Selain dana fizikal
Kerana 40 tahun nanti
Aku mahu menginfakkannya dengan benar-benar
Infaq yang tak habis-habis
Kalau sekarang
Infaq itu cepat habis
Atau kalau diganti
Tidak sama kalau ia sudah bertimbun
Lantas balasan Allah makin menggunung
Aku perlu mencari lebih banyak dana
Lebih banyak dana
Dana yang tak putus-putus di atas muka bumi
Agar ia akan menjadi dana yang akan tidak putus-putus di akhirat
Inilah tindakan strategik
Dan ia perlukan ilmu
Ia perlukan ilmu
Ia perlukan ilmu untuk membina kefahaman ini
Ya Allah! Tambahkan ilmuku ya Allah!