Koleksi ST-GalleryPOTENSI

Model P-I-E-S menuju SUCCESS!

Firman Allah di dalam surah At Taubah ada menerangkan bahawa, orang yang success itu ialah orang yang telah menjual harta dan jiwa mereka kepada Tuhan mereka. Mereka ini bunuh atau terbunuh (samada jasad atau potensi mereka)  di jalan yang benar (jihad). Kematian mereka itu dibeli oleh Allah s.w.t. dengan jannah. Ini adalah janji (bai’at) yang diperkukuhkan lagi dengan perkataan innallah (sesungguhnya) dan ia diikuti pula dengan janji yang terkandung dari kitab injil, zabur dan taurat.

 
Firman Allah,

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

 At Taubah 111

  

Ciri-ciri orang yang success

 

Firman Allah s.w.t di dalam surah At Taubah 112

(Mereka itu ialah): orang-orang Yang bertaubat, Yang beribadat, Yang memuji Allah, Yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), Yang rukuk, Yang sujud, Yang menyuruh berbuat kebaikan dan Yang melarang daripada kejahatan, serta Yang menjaga batas-batas hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang Yang beriman (yang bersifat demikian).

Maka, dapat di simpulkan di sini ialah, cirri-ciri orang yang mendapat success ialah orang yang

1.       introspection = At-Ta’ibun – orang yang sentiasa bertaubat 

2.     to serve  = Al-‘Abidun – orang yang beribadat

3.  enthusiasm = Al-Hamidun – orang yang bertahmid memuji kebesaran Illahi

4.     perception = Al-Sa’ihun – pengembara-pengembara di jalan Allah

5.       character building = Al – Raki’un – orang yang banyak rukuk

6.   character building = Al – Sajidun – orang yang bersujud kepada Allah

7.  habit building = Al-‘Amiruna bil Ma’ruf – orang yang menyuruh kepada yang ma’aruf

8. habit building = Wa-Yanhauna ‘Anil-Munkar – orang yang menghalang perkara mungkar 

9. know the limit = Wal hafizuna Li Hudulillah – orang yang membatas hukum Allah 

 

Kesimpulannya;

 

1. menurut Al-Quran, sifat introspection, to serve, enthusiasm, perception, character building, habit building dan know the limit merupakan karakter untuk mencapai success

2. Jika anda melayari penulisan Stephen Kraus (PhD) dalam bukunya PHYSICOLOGICAL FOUNDATION OF SUCCESS ada menekankan 5 karakter orang yang success di dalam kehidupan iaitu vision, strategy, belief, persistence dan learning. (Anda boleh semak di laman ini: http://www.realscienceofsuccess.com/Foundations.htm).

 

Buku yang ditulis oleh Kraus ini menekankan 5 karakter dan ia amat terbukti secara kajian ilmiah dan saintifik (disiplin ilmu neurologi, psikologi). Namun yang demikian, apakah kaitan di antara 5 karakter yang ditulis oleh Kraus dengan surah At Taubah ayat 112 tadi? Mari kita lakukan perbandingan.

 

Surah At Taubah                                                             =       5 karakter orang success

1. introspection  (At Ta'ibun)                               =    strategy, vision

2. to serve   (Al-'Abidun)                                                =    persistence           

3. enthusiasm  (Al hamidun)                                        =   believe, persistence

4. perception  (Al Sa'ihun)                                             =   learning, strategy, vision

5. character building (Al Raki'un & Al Sajidun)         =    believe, persistence

6. habit building (Al 'Amiruna bil Ma'ruf &

    wa Yanhauna 'Anil Munkar                                      =  believe, persistence

7. know the limit (wal hafizuna li hudulillah)         =   believe, persistence, strategy,                                                                                           vision, persistence

Jika anda menggunakan mata hati anda untuk melihat formula kejayaan ini, ia sebenarnya sudah tertulis di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu. Al-Quran sudah menggariskan ciri-ciri atau karakter yang harus ada pada mereka yang seharusnya success di dalam kehidupan mereka. Kejayaan yang di berikan olehNya bukanlah hanya kejayaan yang disebutkan oleh Stephen Kraus, iaitu kejayaan di muka bumi, tetapi kejayaan yang di khabarkan oleh Al-Quran ialah kejayaan yang hakiki, kekal abadi iaitu syurga Allah s.w.t.

 

wallahualam 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengenalpasti Kemampuan Diri Melalui PIES

Mengenalpasti Kemampuan Diri Melalui EPIS Terdapat satu buku yang ditulis oleh Anthony Robbins; 'Awaken the Giant Within' telah mendapat tempat...

Close