Tahap Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient)
EQ merupakan satu potensi di dalam diri manusia yang berhubung kait dengan emosi. Manusia mempunyai perasaan atau emosi bukan? Maka ini membuktikan bahawa, ia mempunyai suatu tahap yang tidak dapat dijangkakan. Mari kita lihat contoh seorang ibu. Apakah bentuk emosi yang akan hadir pada saat melahirkan, membesarkan serta mendidik anak tersebut? Bukankah yang akan terjelma di dalam diri seorang ibu itu ialah perasaan sayang, kasihan, belai, melindungi?
Bagaimana pula perasaan atau emosi bagi mereka yang berpasang-pasangan? Baru mendirikan rumah tangga? Sudah pasti yang akan diterjemahkan ialah percaya, sayang, belai, lindung dan sebagainya. Tetapi apa pula emosi yang akan terjelma pada saat kita di kejar seekor anjing liar? Takut? Gemuruh? Dan sebagainya. Dan apa pula bentuk emosi pada ketika kereta kita yang baru dibeli dicalarkan oleh anak jiran sebelah? Marah? Geram? Tidak puas hati? Dendam?
Saya yakin, dalam apa jua keadaan dan situasi, emosi yang ada di dalam diri mansuia akan memainkan peranannya di dalam membentuk kehidupan kita pada hari ini. Bagaimanakah keadaannya apabila kita tidak ada perasaan atau emosi? Perasaan bimbang, simpati, empati, ingin membantu, prihatin ,marah, geram dan sebagainya? Apakah yang akan ada bayangkan pada saat semua manusia tidak ada rasa prihatin, berkasih sayang, toleransi dan sebagainya?
Dunia pasti nampak tawar…
Hal yang berkenaan dengan emosi ini telah dikaji dan ditulis oleh seorang yang bernama Daniel Goleman. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ’Working With Emotional Intelligence’. Tahap kecerdasan emosi adalah satu bentuk keprihatinan, sensitiviti, simpati, empati dan kebolehan di dalam memberi kesempurnaan dalam komunikasi, interaksi dan aktiviti dalam kehidupan seharian.
Di dalam bukunya, beliau ada mengatakan bahawa;
For star performance in all jobs, in every field, emotional competence is twice as important as purely cognitive abilities. For succes at the highest levels, in leadership positions, emotional competencies make up two-thirds or more of the ingredients of a standout performance, the data suggests that finding people who have these abilities, or nurturing them ini existing employess, adds tremendous value to an organization’s bottom line. How much? In simple jobs like machine operators or clerks, those in the 1 percent with emotional competency where three times more productive (by value). For jobs of medium complexity, like sales clerks, or machanics, a single top emotional competent person was twelve time more prooductive (by value).
Di Barat, potensi emosi ini bukan sahaja satu kajian yang menduduki diri manusia itu sebagai makhluk yang beremosi, tetapi EQ telah dikaji dan digunakan sebagai satu ‘alat’ atau ‘tools’ untuk mencapai kejayaan. Daniel Goleman ada menetapkan bahawa, kejayaan sesuatu perkara itu bukanlah hanya berdasarkan kepada nilai IQ-nya sahaja, tetapi ia bergantung kepada nilai interaksi beremosi. Daniel Goleman juga membuat kesimpulan di dalam bukunya dan mengatakan bahawa;
Emotional Intelligence refer to the capacity for recognizing our own feelings and those of others, for motivating ourselves, and for managing emotions well in ourselves and in our relationships.
Malah Daniel Goleman juga turut menambah,
Many people who are book smart but lack emotional intelligence end up working for people who have lower Iqs than they but who exel in emotional intelligence skills
Kisah Si Penjual Kereta Import
Ada sebuah perusahaan pengeluar (Syarikat A) kereta import yang terkenal di satu negara. Mereka telah memulakan perniagaan mereka agak lama dan kini semakin kukuh di dalam perniagaan kereta. Syarikat ini mempunyai pekerja-pekerja yang tinggi IQ-nya dan untuk mendapatkan kerja di syarikat ini memerlukan satu ‘interview’ yang ketat dan sesiapa yang tepilih, maka ia menggambarkan nilai IQ-nya adalah tinggi.
Pada suatu hari, ada satu syarikat gergasi (Syarikat B) yang ingin membeli kereta mewah dari syarikat A tersebut. Syarikat B menjemput orang yang tertentu untuk berbincang mengenai kereta yang ada di syarikat A. Maka, syarikat A pun menyusun strategi dengan mengatur beberapa orang untuk dihantar ke syarikat B. Maka, syarikat A telah menyusun beberapa orang yang paling tinggi IQ nya dengan tujuan mendapatkan pulangan yang lumayan hasil dari IQ-nya yang tinggi.
Maka, orang-orang di syarikat A pun hadir untuk makan malam. Tradisi makan atau menjamu sebelum memulakan perniagaan adalah satu kebiasaan di dalam dunia perniagaan. Mereka disajikan dengan makanan yang lazat-lazat, tempat yang eksklusif, malah mereka juga di bawa ke tempat-tempat koleksi peribadi.
Maka selepas makan, pengurus besar syarikat B membawa orang-orang dari syarikat A untuk melihat koleksi peribadi yang telah lama di kumpul oleh pengurus besar itu.
Pengurus syarikat B pun berkata, ‘Mari, saya tunjukkan kepada anda, satu ruang koleksi barang antik saya. Sudah lama saya mengumpulkannya’
Semua mereka yang dijemput hadir pada malam itu sangat bertuah. Mereka tidak sabar-sabar untuk melihat barang koleksi yang ada di dalam ruang yang dikatakan oleh pengurus besar itu tadi. Maka mereka pun dibawa ke ruang tersebut.
Sepanjang di dalam ruang koleksi tersebut, pengurus besar syarikat B itu bersungguh-sungguh menceritakan berkenaan dengan barangan koleksi beliau. Beliau menceritakan dari mana koleksi itu datang, harga dan semuanya perkara yang berkaitan dengan barang koleksinya itu. Kemudian, pengurus itu bertanya kepada mereka yang dijemput.
’Bagaimana pandangan anda tentang barangan koleksi saya ini? Hebat bukan?’ , tanya pengurus besar itu kepada para jemputannya. Kemudian, soalan itu dijawab oleh salah seorang dari syarikat A, lalu berkata,
’Memang hebat tuan. Tuan telah mengumpul banyak barang beharga dan mahal sekali. Saya kira ini merupakan satu koleksi yang amat hebat. Dan tuan, telah banyak mengembara ke luar negara dan membeli semua barangan ini. Tapi tuan, saya rasa, barang-barang seperti ini ada dijual di Pasar Payang, Terengganu. Disana, ada banyak barang antik dan kreatif. Saya kira tuan tidak pergi jauh dan tuan boleh beli sebanyak mana tuan inginkan!’
Pengurus besar syarikat B terdiam….
Apakah pengajaran yang ada di dalam kisah di antara syarikat A dan B tadi? Adakah syarikat A berjaya menjual keretanya dengan menghantar orang-orang yang tigggi IQ-nya? Apakah refleksi anda? Adakah mereka berjaya menjual kereta itu kepada syarikat gergasi itu? Saya rasa mereka gagal menjual kereta mereka kepad
a syarikat B kerana mereka telah menyakiti hati pengurus besar dengan hanya mengatakan barang antik yang dikumpulakan dari serata dunia hanya mudah di dapati di Pasar Payang! Bukankah itu satu bukti bahawa mereka yang hanya mempunyai IQ yang tinggi kadangkala tidak berjaya.
Maka, inilah yang dikatakan EQ sepertimana diperkatakan oleh Daniel Goleman. Mereka yang mempnyai tahap kecerdasan EQ adalah mereka yang mempunyai perasaan simpati, empati, memotivasikan diri sendiri atau orang lain dan mampu untuk mempengaruhi manusia lain.