Pendakwah Air Kacang Soya 45
”Elok juga tu. Kita kena galakkan sahabat-sahabat kita berniaga sekali.Kita kongsikan segala pengalaman dan pengetahuan yang kita ada. Harap-harap ada manfaatnya” Kata Nas
Din dan Nas yakin bahawa keseronokan mereka berniaga ini perlu dikongsi dengan orang lain supaya orang lain juga mempunyai keinginan untuk berniaga. Mereka yakin berniaga ini banyak manfaatnya. Baik kepada diri sendiri mahupun masyarakat sekeliling.
Walaupun usia mereka masih muda, namun pengalaman berniaga ini jelas mematangkan Din dan Nas. Kini mereka lebih berkeyakinan dengan kemampuan diri dan mempunyai pemikiran yang luas.
Setelah mendapat tawaran menyambung pelajaran di IPTA, mereka berhasrat untuk berkongsi pengalaman berniaga dengan orang lain. Selain itu, mereka juga telah menetapkan matlamat setelah tamat belajar nanti.
