Tadabbur dari Dulu ke Kini

“Tadabbur Quran ini menarik. Tapi bagaimana nak proses perkara zaman dulu? Quran penuh cerita zaman dulu sahaja.”

“Ya bila baca Quran ni, susah nak kaitkan dengan zaman ini.”

“Banyak persoalan sebenarnya dalam minda. Tapi ayat Quran hanya ada lebih kurang 6000 lebih sahaja. Bolehkah selesaikan pelbagai masalah yang ada?”

Begitulah antara soalan yang sering timbul di benak pemikiran umat Islam apatah lagi kalau bukan Islam.

Soalan Tadabbur & Konsep di Sebalik Perkataan

Saya membelek Tafsir l-Quran oleh Ust Nik Nik Abadul Aziz Nik Mat dan Tafsir Hamka. Saya membelek Tafsir as-Sa’di dan Tafsir al-Munir. Saya juga menyemak kitab Tadabbur wa Amal.

Saya perasan ada 2 perkara menarik untuk melihat persoalan-persoalan di atas.

A Soalan Tadabbur.

Ketika saya membelek kitab Tadabbur Wa Amal saya dapati bahawa bagi setiap halaman ada disertakan tafsir daripada pelbagai sumber. Bagi setiap sumber itu dinyatakan soalan cadangan daripada panel pengarang kitab tersebut. Soalan-soalan itu membangkitkan semangat ingin tahu dan sudut yang perlu difikirkan ketika berinteraksi dengan teks-teks yang digarap daripada pelbagai tafsir. Ini adalah satu perkara yang amat menarik untuk dilaksanakan kerana apabila ada soalan, minda akan lebih terbuka dan memberi perhatian kepada mesej yang sedang disampaikan sama ada ianya adalah bahasa Arab, tafsir bahasa Melayu, ataupun sebagai pelajaran yang di sampaikan dalam sesebuah karya.

Bukan satu soalan sahaja muncul pada setiap ayat. Malah berpuluh atau beratus soalan boleh timbul dengan sesuatu ayat.

Sebagai contoh bagi ayat “Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam, ” berikut ialah beberapa soalan yang boleh ditanyakan:

  1. Apa maksud ال dalam الحمد
  2. Apa maksud pujian? Sumbernya dari mana?
  3. Apa kesan kalau banyak puji pada Allah?
  4. Bagaimana puji Allah?
  5. Bila sesuai puji Allah?
  6. Apa maksud rabb?
  7. Ada kaitan dengan tarbiah?
  8. Kementerian Pendidikan perlu jadikan ayat ini sebagai asas? Apa kesan kalau tidak faham dan menjiwai ayat ini ?
  9. Ramai baca ayat ini. Sepatutnya apa kesannya?
  10. Zaman Nabi apakah kesan baca ayat ini?

dan banyak lagi soalan untuk satu ayat yang amat ringkas ini.

B Konsep di Sebalik Perkataan

Ketika membelek tafsir Al-Quran oleh Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat saya dapati cara pemikiran ataupun perbahasan surah Yunus sebagai salah satu surah yang disyarahkan ini adalah amat menarik. Sebagai contoh apabila dibincangkan tentang peristiwa Nabi Nuh dan kaumnya, beliau menggunakan perkataan اغرقنا yang bermaksud ‘kami tenggelamkan’ kepada banjir yang melanda kepada umat Nabi Nuh yang degil pada seruan ke arah kebaikan.Beliau menegaskan kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan itu dengan banjir boleh juga dikaitkan dengan pelbagai musibah-musibah yang lain yang dihantar ‘menenggelamkan’ umat-umat selepas itu termasuklah pada zaman sekarang kalau ia dikaitkan dengan kemarau, kemelut ekonomi, peristiwa penyakit dan sebagainya.

Apakah yang kita peroleh daripada perkara ini?

Satu perkataan akan dicari konsep yang sama dan akan diterjemahkan kepada pelbagai perkataan lain yang sama konsep. Banjir adalah satu perkataan dalam konsep musibah. Maka musibah lain yang boleh difikirkan boleh menjelaskan konsep yang sama agar pelajaran dapat diambil daripada sesuatu ayat.

Bagaimana mahu selamat? ‘Naiklah kapal yang disediakan oleh Allah’. Jangan sombong dan degil seperti sebahagian anak Nabi Nuh.

Berdasarkan perkara A di atas, ia menjelaskan bahawa berbilion masalah yang ada boleh dijelaskan oleh sekitar 6000 ayat yang ada sahaja. Kerana setiap ayat dan perkataan membawakan cahaya yang mencakap pelbagai konsep. Di bawah satu konsep ada banyak perkataan seantero dunia dalam pelbagai bahasa.

Teruskan bertadabbur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
BMF untuk bangkit

"Aku sebenarnya lost dalam zaman PKP ini. Pasrah." "Makin down dengan apa yang berlaku. Belum lagi bila ingatkan kepada Palestin.

Close