Kronologi kurang penting, isinya penting

al-Baqarah ada kisah awan menaungi Bani Israel, diberi mata air dan manna salwa di tengah padang pasir ketika berpusing 40 tahun bersama Nabi Musa. Ini berlaku selepas mereka lari dari Mesir ingin masuk ke Palestin tetapi pengecut – dimulakan 10/12 naqib yang lemah iman (diceritakan lebih lanjut dalam Surah al-Maidah)

Walaupun ada juga peristiwa masuk ke Palestin ini di Surah al-Baqarah, kali ini di surah al-Maidah diulang kembali kisah ini. Allah suruh ingat kembali semua nikmat yang diberikan oleh Allah. Orang Bani Israel manja sangat – kerana kesan 400 tahun diabdikan oleh Firaun di Mesir.

Ulang-ulang dalam Quran ialah untuk memastikan ingat peristiwa sejarah – tidak semestinya ikut koronologi. Yang penting pelajaran yang diambil

Kepentingan kisah Diaspora Bani Israel: kesan pengabdian sesama manusia

Apa kepentingan kisah diaspora Bani Israel ini dinyatakan dalam Surah al-Maidah? Surah al-Maidah ialah antara surah yang terakhir turun. Ia memberi nasihat kemenangan dan lengkapnya Islam. Maka dalam melengkapkan kemenangan, jangan rasa gentar dan lemah. Jangan rasa manja dengan nikmat yang diberikan apatah lagi apabila sudah ‘diabdikan’ di Mekah sebagaimana Bani Israel ‘diabdikan’ di Mesir.

Dalam hidup kita, mungkin dengan penjajah, maka minda kita ‘diabdikan’, ikut sahaja sistem British dan sebagainya. Namun bila generasi baru sampai, mereka sudah lupa penjajahan itu. Generasi baru akan mengkritik sistem lama dan mencadangkan kekuatan dengan kembali kepada SOP agung – al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Jalur nilai dan perundangan

Nilai baik ada dalam Quran Perundangan juga ada dalam Quran Ketika kita berhati-hati di jalanraya, tali pinggang keledar dan lampu

Close