Jalur nilai dan perundangan

Nilai baik ada dalam Quran

Perundangan juga ada dalam Quran

Ketika kita berhati-hati di jalanraya, tali pinggang keledar dan lampu merah perlu diperhati.

Lampu hijau atau merah adalah peraturan penting untuk mengamalkan nilai berhati-hati

Jika ini tidak diperhatikan, kesannya banyak nilai yang baik akan hancur. Jika peraturan ada tanpa nilai, ia akan menyebabkan lahir pemandu tanpa perasaan pada makcik tua melintas di jalan padahal lampu sudah bertukar menjadi hijau.

Taurat membawa perundangan

Zabur membawa nilai memuji Tuhan

Taurat + Zabur amat penting untuk menghidupkan hati manusia yang hidup di atas muka bumi ini.

Yahudi terkenal dengan Taurat yang menitikberatkan perundangan sampai keras hatinya. Nasrani terkenal dengan kasih sayang Jesus Christ sampaikan tidak kisah pada kebenaran dan perundangan. Kita tidak mahu jadi ekstrem nilai dan perundangan.

Kesan kepada kehidupan

Nilai ini membawa kepada tasauf atau akhlak. Peraturan ini membawa kepada fiqh ibadah. Tanpa dua ilmu ini, maka akan rosaklah manusia.

Nilai ini membawa kepada NGO dan pendidik. Peraturan pula memerlukan hakim, peguam, polis dan penguatkuasa.

Maka kini nilai dan peraturan akan berdamai. Tidak lagi benci kepada sumber peraturan – menyusahkan dan asyik menyatakan kesilapan orang. Dalam masa yang sama, tidak lagi benci kepada nilai kerana asyik mahu jadi baik sahaja. Dua-dua inilah yang ditemukan dalam Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
WQ12 Landskap Ekonomi Norma Baharu

Tajuk : Landskap Ekonomi Norma Baharu Ayat Fokus: Surah al-Balad dan Surah Baqarah 2:275 Soalan untuk Panelis YBhg Datuk Dr

Close