Penyakit banyak idea dan penawarnya

“Saya ada idea menarik. Jom kita buat.”

“Aku baru balik latihan di IDCC. Ada banyak idea bagus. Jom kita buat.”

Ada masa kita berhadapan dengan idea dan semangat bagi melaksanakan sesuatu yang baru dalam kehidupan dan bisnes.

Ia adalah sesuatu yang perlu disyukuri dendam sama perlu di sering agar ianya tidak menghasilkan hasil yang mengecewakan. Sebagai contoh kita sudah melaksanakan projek ini dan tiba-tiba kita mendapat idea untuk melaksanakan projek. Kita mendengar ceramah, membaca buku ataupun berborak dengan rakan yang membina idea baru untuk kita laksanakan.

Namun selepas selepas beberapa masa kita akan mula luntur dengan semangat yang hadir untuk melaksanakan projek tersebut. Mengapakah jadi begini?

This image has an empty alt attribute; its file name is bi-triangle-color.jpg
BI Triangle menjadi panduan untuk kita menyaring dan menyusun idea.

BI Triangle

Salah satu faktor nya ialah kita perlu menilai projek tersebut dari segi misi kepimpinan dan juga pasukan. Inilah yang di sampaikan oleh Robert Kiyosaki dalam BI Triangle. Tiga perkara penting yang perlu disemak ini adalah amat berharga dan kekadang kita mungkin memandang ringan atau terlepas pandang ketika berdepan dengan idea baru ataupun kagum dengan kejayaan yang ada pada orang lain.

1. Apakah MISI

Sebagai contoh bila membincangkan aspek misi dalam sesuatu projek, kita perlu jelas apakah masalah yang ingin di selesaikan dengan solusi yang sedang kita bawa. Ini akan memantapkan lagi misi kita ketika berhadapan dengan cabaran pelanggan yang mungkin tidak berminat dengan apa yang sedang kita laksanakan.

2. Apakah Kepimpinan

Selain daripada itu aspek kepimpinan amat diperlukan kerana Ketua akan memahami dan akan melaksanakan tugas bersama dengan ahli bukan hanya untuk satu hari tetapi setahun atau mungkin lebih daripada 10 tahun. Ia memerlukan stamina yang amat tinggi agar projek tersebut dapat dilaksanakan hingga berjaya dan kekal sepanjang mungkin.Seorang ketua akan berhadapan dengan cabaran ahli dan juga cabaran luar yang akan mengganggu kepada kejayaan projek yang sedang dilaksanakan.

3. Apakah Pasukan

Aspek ketiga ialah berkaitan dengan pasukan. Siapakah yang akan melaksanakan semua tugas yang digagaskan oleh ketua untuk mencapai misi tersebut? Sudah tentu ianya dilaksanakan oleh ahli pasukan yang akan memfokuskan kerja rutin harian bagi memastikan proses itu mencapai visi yang telah di rancang. Seorang ketua mampu untuk melaksanakan semua tugas kerana beliaulah yang memahami arah tuju perjuangan tetapi seorang pemimpin mampu untuk melatih ahli pasukannya untuk memahami visi, memimpin diri serta pasukan pada setiap masa ketika senang dan susah bagi mencapai kejayaan.

Inilah yang digariskan 4 ciri orang yang tidak rugi dalam Surah al-Asr.

  1. Beriman beramai-ramai
  2. Beramal soleh beramai-ramai
  3. Berpesan dengan kebenaran
  4. Berpesan dengan kesabaran

Walaupun dinyatakan setiap manusia dalam rugi, namun penyelesainnya ialah kerja secara kolektif pada 4 perkara di atas.

Menuju kejayaan ini adalah satu proses yang kolektif dan berjemaah bukannya berseorangan. Jika kita mahu untuk berjaya jangka masa pendek, berseorangan sudah memadai. Namun untuk berjaya pada skala besar dan jangka masa panjang, kita perlu mencantumkan nafas-nafas yang berbeza kemahiran dan potensi agar ianya menjadi satu legasi menuju kepada Ilahi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Manja membawa musibah

Salah satu cabaran tentang diri ialah 'manja'. Bila sudah biasa dengan sesuatu yang menyenangkan, diri akan mudah menjadi 'manja'. Sudah

Close