BMF untuk bangkit

“Aku sebenarnya lost dalam zaman PKP ini. Pasrah.”

“Makin down dengan apa yang berlaku. Belum lagi bila ingatkan kepada Palestin. Tak menang-menang sejak dulu.”

Ada ramai yang tercari-cari formula untuk bersemangat. Untuk bangkit di kala pelbagai cabaran yang melanda. Ia memberi inspirasi untuk dilaksanakan satu program menguatkan semangat. Memantapkan jati diri. Menjadi Better Me.

Hari ini ialah hari ke-6 Better Me Forever. Program ini diketuai oleh Coach Jamil yang bersama di Akademi Sinergi. Awalnya program ini ialah cadangan slot 2-4 jam. Namun bila disemak kepada keperluan, ramai perlukan input dan sokongan. Maka Better Me Ramadhan dijadikan sebagai permulaan sekitar 40 hari. Ramai yang mendaftar dan tamat di akhir-akhir Ramadhan.

Dengan maklumbalas yang baik, Akademi Sinergi meneruskan dengan Better Me Forever pada 1 Jun 2021 yang lalu. Ia adalah satu program follow up selepas Ramadhan. Kali ini BMF dilaksanakan selama 3 bulan. Saling membantu dan berkongsi kefahaman bagaimana menjadi Better Me.

Jika BMR sudah ada chatbot bernama Ema, kali ini Ema kembali beraksi. Setiap pagi , Ema akan bertanya soalan apakah yang dirancang laksanakan pada waktu pagi sampai petang. Kemudian sebelah petang, Ema akan menyapa dengan soalan-soalan bertanya kejayaan dan apakah yang perlu dibaiki hari esoknya. Agar menjadi Better Me. Lebih baik.

Selain itu, dalam BMF ini diadakan pengisian harian pada jam 730 – 830 am. Juga ada satu borang kontrak dan pantauan kendiri atas amalan yang akan memantapkan diri, keluarga dan organisasi serta legasi masing-masing. Borang ini diinspirasikan daripada program yang saya belajar ketika di US dahulu.

Kali ini pelbagai lapisan umur mendaftar. Pada peringkat permulaan ini, lebih 170 orang mendaftar. Dan ia masih terbuka dan sentiasa terbuka sepanjang program 3 bulan ini. Rakaman disediakan bagi sesiapa yang tertinggal. Maklumlah, zaman sekarang banyak aktiviti menarik di online.

Setakat hari ke 6 ini, banyak maklumbalas positif yang kami terima. Ada juga makcik yang terkedek-kedek bab teknologi namun mereka tetap tabah. Saya doakan mereka terus berjaya. Dan saya amat teruja bagaimana mereka akan mengambil manfaat daripada program ini

Selamat berjaya!

P/s Jika ada yang mahu mendaftar, boleh ke pautan berikut https://akademisinergi.onpay.my/order/form/bmf/6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Peluang untuk Dilatih Membina Aset Digital Telegram Sampai Jadi

Pakej Coaching for Trainer / LeaderAset Digital Telegram : SINERGI ILMU •Bernilai RM 1000. Percuma pada peserta ADT yang komited.

Close