BYL 19 Terengganu
Alhamdulillah pada 11-13 Julai 2019, selesai BYL 19 di Terengganu. Sekitar 25 orang peserta baru dan beberapa orang dari alumni hadir.
Ini ialah BYL pertama pada 2019. Ada beberapa perkara baru yang dibawakan :
- Format Doa dengan rujukan kepada program dari Visionaire
- Bangkit dengan Doa dan Istighfar
- SAIF
SAIF adalah extension kepada elemen Q daripada formula QSI GUA yang dikongsikan dalam program. Ia adalah kajian ayat-ayat Ulul Albab.
Secara ringkas, apa yang berlaku dalam BYL 19 ialah penilaian diberikan kepada elemen Q (SAIF). Penilaian Legacy sudah siap dan digunakan ketika Road to BYL. Penilaian S dan I belum dibina lagi. Insha-allah ia akan diupgrade dalam masa terdekat Insha-Allah.
Antara manfaat BYL kali ini ialah perbincangan Rumah Ngaji diberi penekanan. Asas program BYL ialah membina legasi berteraskan wahyu. Mana-mana projek menuju kepada legasi wahyu akan dijadikan fokus agar ia diangkat dan disuburkan.
Moga dengan BYL yang akan datang, lebih banyak legasi dapat dibina dengan jaya.