Program

BYL 20 di Shah Alam

Alhamdulillah BYL 20 berjalan pada 19-21 Julai 2019 melibatkan sekitar 30 orang peserta baru dan beberapa orang alumni. Kali ini, semua peserta keluar dengan legasi yang jelas – apabila buddy membantu sampai jelas, isi borang Legasi Saya dan Status Legasi Saya agar trainer juga tahu database legasi peserta. Ini penting untuk membina on-fly program berdasarkan realdata dari peserta, bukan sekadar teori atau silibus sendiri sahaja. Peserta nampak lebih terpanggil untuk membantu dan dibantu dalam membina legasi pada hari 3. Syarat ini dapat dilaksanakan ialah apabila peserta jelas legasi pada hari 1 dan 2.

Signature Training BYL ini akan menjadi tempat seseorang sedar tentang potensi, bangkit untuk membina legasi dengan formula praktikal harian selepas program dari Surah al-Baqarah ayat 1-5. Aspek BANGKIT ini amat penting serta jelas halatuju dalam hidup – biarpun peserta adalah surirumah, pengarah atau ustaz yang menghafaz Quran.

Semoga dengan BYL lepas, kini dan akan datang, ia akan memberi keluasan cara berfikir dan semangat untuk setiap individu membina kejayaan sampai ke syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
BYL 19 Terengganu

Alhamdulillah pada 11-13 Julai 2019, selesai BYL 19 di Terengganu. Sekitar 25 orang peserta baru dan beberapa orang dari alumni

Close