Umum

Apakah pemerhatian selepas 21 hari BYLP?

Selepas menjalankan 21 hari BYL Premium, beberapa pemerhatian dapat saya kongsikan di sini

  1. Ada beberapa orang yang tidak jelas legasi 50 tahun pada peringkat awal. Kini makin jelas. Ia adalah ‘soul searching’
  2. Ada beberapa orang yang tidak pasti apa perlu dicapai 3 bulan lagi. Ada yang tidak jelas tentang keseimbangan, apatah apabila baru sahaja menghadapi peristiwa besar dalam hidup seperti kemalangan, kelahiran, kematian atau perkahwinan atau perpisahan. Kesan tidak jelas ini dapat diperhati dalam kehidupan seharian – tidak jelas ingin buat apa. Kalau berbuat sesuatu, motivasi itu tidak jelas – terutama apabila memikirkan kadar kejayaan yang boleh dicapai. Trauma atau pengalaman ‘ngeri’ lepas memberi limiting belief kepada diri. Orang begini tidak semestinya sugul setiap masa, namun akan sugul jika ditanya ‘bagaimana kejayaan kamu’.
  3. Dasar pembelajaran – ada yang sudah terbiasa dengan belajar sambil selesa. Dalam program ini, ada elemen tidak selesa seperti perlu hadir program offline, berjumpa dengan Senior dan beberapa komitmen lain yang memerlukan usaha lebih. Peserta yang meluangkan masa lebih untuk belajar nampaknya mempunyai learning curve yang lebih tinggi.
  4. Peserta yang berjumpa coach atau senior diperhatikan makin cepat mendapat CLARITY dalam apa yang dibuat. Ada juga individu yang saya panggil untuk menjelaskan Timeline A+. Ada peserta yang hadir ke pelbagai program atau mengikuti posting di Whatsapp atau Facebook saya. Yang penting ialah CLARITY amat penting dalam hidup seharian melibatkan strategi dan taktik serta penggunaan tools yang betul.
  5. Ada konflik yang berlaku dalam diri peserta. Namun jika masih tidak quit, ia akan makin menaikkan taraf kefahaman peserta dalam membina legasi.
  6. Peserta struggle untuk rancang pagi dan hantar report petang. Namun bagi peserta yang konsisten, ia mempunyai kadar kejayaan serta ILMU – SEMANGAT yang kuat.

Ini pemerhatian saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mampukah kamu bersabar?

Dalam menuntut ilmu, ada sumber formal dan sumber tidak formal. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir diabadikan dalam Surah al-Kahf

Close