Pelbagai sumber kewangan, mana yang paling tidak mungkin rugi?

Kalau ikut kepada Kiyosaki, ada 4 domain untuk sumber kewangan

1. Employee
2. Self Employed
3. Business
4. Investment

Dalam al-Quran, investment ini dicerahkan oleh infak. Dalam Surah al-Kahf, pemuda empunya 2 kebun menggunakan perkataan انفق merujuk kepada pelaburan ladangnya.

Dalam masa yang sama, infaq dalam Quran ialah pelaburan bersama Allah.

Kalau kita beri perhatian pada item 4 di atas, ada pelaburan untuk projek dunia dan ada pelaburan untuk dunia akhirat – ikut panduan infaq dalam Quran.

Jadi apa boleh dibuat?

Kalau stream 1-3 lebih kepada dapat, stream 4 ialah dapat untung atau rugi kalau melabur kepada projek di dunia. Kalau melabur kepada projek memberi kerana Allah, pasti ia akan memberi pulangan yang besar dunia akhirat.

Hatta Chuck Feeney billionaire yang memilih untuk mati dalam keadaan semua harta sudah diberikan semua. Hidup ini akan menjadi amat bermakna dengan memberi.

Apatah lagi kita yang beriman dan mengejar ridha Tuhan.

Apa boleh dibuat untuk membanyakkan sumber rezeki kita?

1. Kalau stream 1, kerja makan gaji
2. Kalau stream 2, buat kerja tambahan yang halal dan tidak kontradik dengan perjanjian dengan majikan (jika masih makan gaji).
3. Kalau stream 3, bina kumpulan untuk melakukan bisnes.
4. Kalau stream 4, melabur dengan saham atau projek lain (ada risiko untung rugi). Melabur dengan ada senaraikan projek infaq setiap bulan pasti menjanjika bisnes tidak mungkin rugi (35:29)

Pastikan sumber halal dan baik pada mana-mana 4 stream ini. Jika ia tidak halal atau tidak jelas (gharar), ia akan memberi kesan kepada keberkatan hidup.

#WacanaAlQuran
#BuildYourLegacy

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Antara berfikir pada wahyu dan berfikir ke bumi

Apabila banyak berinteraksi dengan wahyu, ada konsep yang besar melangkau alam dijumpai. Ia amat hebat. Ia amat penting. Dalam masa

Close