HTEUlul Albab

Antara berfikir pada wahyu dan berfikir ke bumi

Apabila banyak berinteraksi dengan wahyu, ada konsep yang besar melangkau alam dijumpai. Ia amat hebat. Ia amat penting.

Dalam masa yang sama, setiap perkataan dalam Quran ada ilmu yang luas dalamnya. Ia memerlukan perbahasan dan kajian mendalam untuk pelaksanaan di bumi.

Sebagai contoh, dalam bercakap perkataan ‘kuarantin’ yang digariskan oleh Nabi dalam hadith berikut:

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Yang bermaksud: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.”  (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”  (Hadis riwayat Imam Muslim). 

Manakala bila kita pergi kepada pelaksanaan, zoning diperlukan untuk mengelakkan seseorang masuk ke kawasan yang dijangkiti wabak. Persoalannya, bagaimana zoning dibina agar ia tidak melumpuhkan ekonomi, sosial dan pendidikan setempat.

Inilah yang memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi agar ia dapat diuruskan dengan baik.

Kemahiran ini tidak ada masalah tentang keimanan kepada hadith Nabi atau ayat Quran.

Bukan keimanan, tetapi cara berfikir pelaksanaan

Yang mencabar ialah kepada polisi yang akan dibina untuk pelaksanaan. Adakah zoning akan dibuat berdasarkan negeri, daerah, mukim, bangunan atau rumah ? Apabila ini difikirkan secara sistemik tanpa agenda tertentu yang negatif – diutamakan masalah negara yang besar – ini dapat membantu cara seseorang memimpin dan menyelesaikan masalah yang melanda.

Inilah yang diperlukan kini. Sumber wahyu – Quran dan Sunnah memberi garis tertentu. Ilmu dan masalah di bumi akan membekalkan penerangan butiran atau terperinci kepada apa yang yang sedang dibahaskan. Tanpa timbal balik bumi-langit, ia akan menjadi amat terhad atau kematu.

Apakah yang perlu dilaksanakan?

Kini perlu mengambil usaha untuk mewujudkan generasi berfikir dan dalam masa yang sama berinteraksi dengan sumber wahyu – Quran dan Sunnah – yang dinamik hingga melahirkan wacana dan naratif baru untuk memajukan masyarakat. Tanpa usaha untuk berfikir dan berzikir ini, masyarakat akan terus mengalamami kekalahan kali kedua – kerana hanya berlegar pada isu hati yang tamak dan ingin menjaga kepentingan sendiri. Orang yang bersih hatinya dengan zikir-fikir akan memikirkan pasal orang lain dan perjuangan kebenaran sebagaimana dilihat dalam Surah ali Imran.

Langkah ini boleh bermula dengan memperkenalkan subjek Tadabbur Tazakkur sebagai aktiviti download dan dalam masa yang sama Problem Solving berteraskan Quran agar kemahiran berfikir sistem ini dapat dibina dalam setiap insan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ingat pelitup muka, ingat 2020

Halaman 24 QS 2:155-157 Ujian daripada Allah SWT dengan pelbagai situasi. Allah pasti menguji kita dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,

Close