POTENSIUlul Albab

Antara zikir dan menggunakan akal

“Saya suka berzikir”
“Saya suka berfikir”

Kedua-duanya diperlukan. Namun sering berlaku dalam diri kita akan berlaku dominan dalam mana-mana aspek di atas. Ada yang suka berzikir, tanpa banyak fikir. Ada yang banyak fikir, tanpa banyak zikir. Apakah solusinya? Mana yang perlu diberi perhatian ?

Jika kita merujuk kepada ayat Ali Imran, kita akan dapat sesuatu:

(3:191)(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Dari segi susunan, ciri ulul albab ialah yang berzikir lantas berfikir dan kembali berzikir dengan Subhanallah. Zikir ialah elemen penting untuk mewujudkan Subhanallah kembali dalam diri. Kalau ia tidak disemai, fikir itu akan menyebabkan ia terawang jauh dan makin jauh – ia amat menyesakkan diri.

Personaliti fikir – zikir ?

Adakah individu yang berpersonaliti fikir atau zikir? Saya tidak pasti. Namun fikir dan zikir ini kedua-duanya berlaku dalam diri yang perlu diberi perhatian. Kalau diri terlampau banyak zikir, maka pastikan ia disekalikan dengan fikir kerana jika tida, zikir akan menjadi tumpul. Kalau fikir amat banyak, kuatkan zikir dan susun jadual agar fikir itu tidak melelahkan dan membawa kita tersasar.

Susunkan masa untuk fikir dan zikir

Atas dasar itu, perlu disusun masa untuk fikir dan zikir. Kedua-duanya banyak mengambil masa privacy. Jangan ditinggal masa untuk mencari nafkah dan bersama keluarga. Biasanya masa mencari nafkah dan bersama keluarga ini melibatkan elemen eksternal atau kita perlu bersama individu lain.

Kalau sibuk bagaimanapun dalam kehidupan seharian, elemen zikir ini perlu diusahakan kerap kerana ia memberi nafas kepada ruh untuk terus cemerlang dalam kehidupan seharian.

PIES Gap

Ada masa dalam kehidupan kita di mana akan wujud gap dalam diri. Si ruh menyalahkan hawa nafsu kerana tidak berbuat apa yang sepatutnya. Di sinilah kepentingan menyusun jadual kita agar selari dari keperluan fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Kaedah short cut ialah dengan merujuk kaedah spiritual yang ditunjukkan oleh Nabi.

Makan berkhasiat dan halal. Bangun awal. Tidur awal. Ada Qailulah. Ini bab fizikal.

Ada bab menuntut dan menyampaikan ilmu.  Ini bab intelek.

Ada masa bersama keluarga dan rakan. Dan juga bersendirian. Ini bab emosi.

Ada masa untuk ibadah personal dan bersama orang lain. Ini bab spiritual.

Ketika kita bersemangat dengan bab intelek seperti membaca buku, hadkan pada masa tertentu.

Ketika bersemangat dengan kerja dan mencari wang, hadkan pada masa tertentu. Tidak ada masalah dengan kerja lebih masa, asalkan ia tidak mengganggu masa lain.

Antara zikir dan menggunakan akal, ia bukan pilihan. Ia saling melengkapi sebagaimana ciri ulul albab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Cabaran siang dan malam

Saya baru sahaja menonton satu klip yang dikongsikan oleh kawan. Ia berkaitan introvert. Saya terpanggil untuk mengkaji cabaran untuk kumpulan extrovert

Close