Kaji Ramadhan – bagaimana ia melonjakkan TAQWA
Sistem dalam Ramadhan membina jiwa taqwa. Ia perlu diberi perhatian dan cuba dibina dalam kehidupan selepas Ramadhan
- Ada Kesedaran dengan Iman. Awareness
- Ada Habit Support System untuk membina tingkahlaku yang akhirnya menjadi tabiat
- Ada misi untuk mencapai taqwa. Taqwa ini akan memberi kesan compound atau quantum dalam diri seseorang daripada Allah. Mission.
- Ada ganjaran yang disediakan. Ketika berbuka, ketika selesai 30 hari dan sampai di akhirat nanti. Reward
Latihannya akan berulang kembali setahun sekali kerana ia menyiapkan taqwa untuk bulan Syawal, Dzulqaedah dan Dzulhijjah. Harapnya dengan 3 bulan Haji ini, ia akan menyiapkan diri menghadapi tahun baru dengan mantap dan cemerlang.
Salah satu usaha untuk meneruskan kebaikan Ramadhan ini ialah BMC.
Better Me Circle – Inspirasi daripada Ramadhan
BMC dibina untuk memastikan bermula Syawal, setiap individu akan disokong oleh Awareness – Habits – Momentum – Influences – Acceleration bagi membina compound effect. Taqwa yang ingin dibina dalam Ramadhan akan memberi kesan berganda kepada apa sahaja yang ingin kita laksanakan selepas Ramadhan.
Awareness + Habit Support System + Mission + Reward akan menatijahkan jiwa yang sentiasa ada misi mahu dicapai dalam kehidupan.
#bettermecircle